[VIDEO] 'PAS tikam belakang' Zahid anggap saranan hidupkan Muafakat Nasional tak ikhlas


  • Politik
  • Ahad, 25 Feb 2024

Zahid tidak yakin kerjasama antara parti itu dan Umno masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

SARANAN PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas," kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menyifatkan tindakan PAS itu tidak ikhlas kerana yang keluar daripada Muafakat Nasional bukan Umno sebaliknya adalah PAS sendiri.

"Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

BACA LAGI: Usaha hidupkan Muafakat Nasional terhalang kerana Zahid Hamidi, ahli Parlimen Umno — Shahidan

"Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (Pewaris) pada Ahad.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau yakin kerjasama antara parti itu dan Umno masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 September 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram