[VIDEO] Gara-gara pandu Kelisa ke Parlimen, Teo Nie Ching pernah kena halau dengan pak guard


  • Primer
  • Selasa, 20 Feb 2024

Teo Nie Ching pernah dihalau oleh pengawal keselamatan semasa awal menjejakkan kaki di bangunan Parlimen. — Gambar hiasan

SETIAP individu pastinya ada menyimpan kenangan lucu yang akan sentiasa dikenang sepanjang hidup.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang baru-baru ini mengimbau momen mencuit hati ketika mula-mula menjejakkan kaki di bangunan Parlimen yang terletak di Kuala Lumpur.

Menerusi satu klip temu bual yang dikongsikan di laman Instagram luminews.com pada Selasa, beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital berkata, masih segar di ingatannya saat dirinya dihalau oleh pengawal keselamatan di bangunan itu.

"Saya masih ingat hari pertama saya memandu (Perodua) Kelisa ke Parlimen. Itu adalah kali pertama saya dilantik sebagai ahli Parlimen.

"Setiap ahli Parlimen disediakan tapak parkir masing-masing, jadi saya letak kereta saya di situ.

"Kemudian tiba-tiba ada pengawal keselamatan datang dan halau saya.

"Amoi..amoi..amoi..awak tak boleh parkir di sini," katanya sambil ketawa kecil.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini surat mahkamah', lelaki mirip warga Pakistan didakwa halau penduduk kampung lepas beli tanah di Beaufort

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini surat mahkamah', lelaki mirip warga Pakistan didakwa halau penduduk kampung lepas beli tanah di Beaufort

Ujarnya, beliau kemudian menunjukkan pas bagi membuktikan dirinya juga adalah ahli Parlimen kepada pengawal berkenaan.

"Sebenarnya saya adalah ahli Parlimen untuk kawasan Serdang," ujarnya.

Nie Ching bagaimanapun mengakui, insiden seperti itu mungkin juga berlaku disebabkan faktor dirinya yang masih muda dan tidak ramai yang mengenalinya pada ketika itu.

"Saya dilantik ketika baru berusia 27 tahun. Pernah ada pengawal yang bertanya sama ada saya pengikut ataupun isteri kepada kepada mana-mana ahli Parlimen," kongsinya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram