Tangguh dulu SST 8 peratus, rakyat Malaysia dijangka berdepan 1 lagi pusingan inflasi — Pemuda MCA


  • Politik
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Kerajaan digesa agar serius dalam mencari penyelesaian segera berhubung isu kejatuhan nilai ringgit sebelum menguatkuasakan kenaikan SST. — Gambar hiasan

KERAJAAN diminta menangguhkan kenaikan kadar cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ekoran daripada kejatuhan nilai ringgit yang berlaku pada ketika ini.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, penangguhan kenaikan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus yang bakal dikuatkuasakan bermula Mac ini perlu diambil sebagai langkah segera untuk mengawal kadar inflasi.

"Dengarlah pandangan rakyat, sama seperti penarikan balik keputusan mengenakan cukai SST kepada perkhidmatan rawatan alternatif Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K atau TCM).

"Sehubungan itu, kerajaan juga harus mempertimbangkan secara positif saranan Pemuda MCA ini untuk mengecualikan sektor logistik daripada dikenakan SST lapan peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Selain MyKad, minta tunjuk aplikasi MySejahtera elak pelancong Indonesia ambil kesempatan beli tiket murah

Penangguhan kenaikan SST yang bakal dikuatkuasakan bermula Mac ini perlu diambil sebagai langkah segera untuk mengawal kadar inflasi.

BACA LAGI: Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada

Yee Fung berkata, pihaknya menggesa kerajaan supaya serius dalam mencari penyelesaian segera, bukannya bersikap acuh tak acuh dan sambil lewa.

Beliau turut menasihatkan agar kerajaan mengadakan perbincangan bersama pakar ekonomi sekiranya menteri dan timbalan menteri yang ditugaskan untuk mengembangkan ekonomi serta kewangan gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Ia tidak akan menjadi isu kepentingan awam jika BNM menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kerana kadar faedah yang lebih tinggi diterjemahkan kepada peningkatan perbelanjaan dan pengurangan kapasiti perbelanjaan.

"Namun begitu, kerajaan boleh memperkenalkan dasar untuk mengurangkan atau menahan dilema ini.

"Dalam jangka pendek, kejatuhan ringgit akan memberi kesan terhadap harga barangan import selain kos pengajian dan penginapan di luar negara akan turut melonjak.

"Ditambah dengan kenaikan SST menjelang Mac 2024 tidak lama lagi, rakyat Malaysia dijangka berdepan satu lagi pusingan inflasi," ujarnya.

yee fung

Yee Fung

Yee Fung menambah, Malaysia masih bergantung pada makanan import, dengan kebergantungan terhadap produk pertanian import meningkat 13.7 peratus dari tahun 1987 hingga 2015, manakala makanan import pada 2020 mencecah RM55.5 bilion.

Justeru katanya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan peningkatan mendadak terhadap keperluan makanan.

Di samping itu beliau berkata, dengan kenaikan kadar SST untuk logistik, ditambah kejatuhan ringgit, maka kos bagi produk-produk import dan bahan makanan juga akan meningkat.

"Pengguna, terutamanya golongan M40 dan B40 akan menanggung beban terbesar.

"Oleh itu, kerajaan perlu mengenal pasti bagaimana import barangan keperluan harian rakyat boleh dikurangkan dan sediakan subsidi bersasar untuk meminimumkan kesan inflasi ke atas kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam bidang logistik dan makanan," ulasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram