[VIDEO] Jangan taksub dengan Mawla Amin, sentiasa rujuk jabatan agama — Menteri


  • Primer
  • Khamis, 22 Feb 2024

PDRM memantau kegiatan Mawla Amin dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Menterinya, Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.

"Semua pihak adalah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua beranak tersepit terpaksa tahan sakit lepas kereta bertembung lori 5 tan di Sepang

BACA LAGI: [VIDEO] Hampir 3 jam hilang, abang temui mayat Nurul Farisya lemas di sungai Kuala Krai

Sebelum ini, media melaporkan PDRM memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa sebagai warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Amin' dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang dikatakan turut aktif mempromosikan 'Mawla Amin' didakwa mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Sehubungan itu, Mohd Na'im menyeru semua pihak agar sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taasub.

"Ketaasuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.

"Sikap taasub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram