KHUTBAH Jumaat yang kerap mengulangi isu yang sama tidak salah, kata pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Mohd Izhar berkata sedemikian bagi mengulas isu tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki mengeluh apabila khutbah yang disampaikan di sekitar kawasan Selangor dilihat kerap mengulas isu yang sama sehingga pengisiannya tidak lagi mampu membuatkan seseorang tersentuh.
Mengulas lanjut, Mohd Izhar berkata, sifat ulang mengulangi ini sudah menjadi fitrah yang terdapat dalam al-Quran dan dibenarkan dalam Islam.
وذكِرۡ فإِن ٱلذِكۡرىٰ تنفعُ ٱلۡمُؤۡمِنِين
Bermaksud: Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin (Surat Az-Zariyat: 55)
Katanya lagi, khutbah Jumaat yang mengulangi pengisian sama membolehkan masyarakat mengingat kembali kepada sesuatu perkara yang terlupa.
"Saya yakin khutbah tidak akan berulang setiap minggu tetapi kalau berulang pun mungkin satu tahun satu kali untuk mengingatkan kembali kepada peristiwa penting yang dapat pada tahun atau bulan tersebut," katanya kepada Majoriti.
Ada kata kena lihat pada siapa yang mengawal teks khutbah tersebut sepatutnya
perbanyakkan text memperingati mati, akhirat, persediaan diri & perkukuhan Ummah. pic.twitter.com/iZW5XkQVS1
— ِ (@bckupacc99) February 18, 2024
BACA LAGI: 'Mungkin Afieq Shazwan lebih baik berbanding saya'
Dalam pada tu, penceramah terkenal itu melihat bahawa pengisian yang sama dalam khutbah Jumaat tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada umat Islam.
"Khutbah Jumaat yang berulang tidak akan melemahkan kekuatan umat Islam.
"Bahkah, tidak akan menjatuhkan martabat khutbah Jumaat itu sendiri," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram