[VIDEO] Kereta terbalik nahas di Tawau, saksi nampak mangsa keluarkan bayi dari kenderaan


  • Tular
  • Selasa, 20 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang bayi yang dikeluarkan daripada kereta terbabit ketika kejadian di Tawau, Sabah pada Selasa.

SATU kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta di Jalan Batu 3, Tawau, Sabah pada Selasa.

Menerusi video dihantar di aplikasi WhatsApp, kereta terbabit dilihat dalam keadaan terbalik di tepi jalan.

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, pemandu didakwa berkemungkinan terbabas akibat memandu terlalu laju.

"Ini terbabas, terlampau laju mungkin," katanya.

BACA LAGI: Mabuk atau 'micro sleep'? Tahu-tahu kereta dah terbalik di pembahagi jalan di Sabah

BACA LAGI : Pemandu mabuk dipercayai remaja 14 tahun langgar lampu isyarat sebelum rempuh kereta

Pada masa sama, kelihatan juga seorang lelaki mengeluarkan bayi daripada kereta tersebut ketika kejadian.

Melalui video lain yang tular di media sosial, kelihatan juga orang ramai mengerumuni mangsa di lokasi kejadian.

Beberapa orang awam turut dilihat cuba memberi pertolongan kepada mangsa ketika itu.

Bagaimanapun, punca dan keadaan sebenar mangsa tidak dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram