[VIDEO] Mabuk atau 'micro sleep'? Tahu-tahu kereta dah terbalik di pembahagi jalan di Sabah


  • Tular
  • Ahad, 14 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta terbalik di pembahagi jalan Ketiau menuju Lok Kawi, Sabah pada Ahad.

SEBUAH kereta dipandu dalam keadaan berbahaya dan membimbangkan sebelum terlibat dalam kemalangan di Jalan Ketiau menuju Lok Kawi, Sabah pada Ahad.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook Video Dashcam Sabah ILLS, kereta merah terbabit dilihat memotong laluan secara melulu sebelum melanggar pembahagi jalan di lokasi itu.

BACA LAGI: Pemandu mabuk dipercayai remaja 14 tahun langgar lampu isyarat sebelum rempuh kereta

Dalam video sama, kereta itu sebelumnya dilihat sudah melanggar pembahagi itu namun tidak berlaku apa-apa dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Tetapi, beberapa minit terakhir, kereta terbabit dilihat sudah berada di tengah-tengah iaitu atas pembahagi jalan dalam keadaan terbalik.

Bagaimanapun, keadaan mangsa belum dapat dipastikan lagi.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut mendakwa bahawa pemandu itu berkemungkinan mabuk atau terlelap.

"Mabuk kali ni, bahaya oh," komen Colly Thomas.

"Mabuk hari minggu," tulis Bary Barrie Garye.

"Micro sleep mungkin," komen Alvin Koh.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram