[VIDEO] Kemalangan hampir ragut nyawa buat pelumba motosikal tukar kerjaya ke sukan basikal


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Tangkap layar ketika seorang pelumba melanggar Fadli dari belakang ketika dia menunggang secara perlahan.

TRAUMA dan berputus ada adalah perkataan sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang atlet yang terpalit dengan kemalangan sehingga insiden berkenaan mengganggu merampas perkara penting dalam hidup mereka.

Namun, tidak semua atlet akan mengakhiri hidup mereka dengan termenung insiden lalu kerana ada sebahagian daripadanya bangkit dan memulakan kehidupan baharu bagi membantu melupakan momen terburuk tersebut.

Seperti kisah pelumba motosikal dari Indonesia, Muhammad Fadli yang terpaksa melupakan sukan diminatinya kerana kemalangan tragis pada Asia Road Racing Championship (ARRC) 2015 di Litar Sentul, Indonesia.

Ketika kejadian pada 15 Jun 2015 tersebut, kemenangan Fadli dalam kategori 600 cc siri ke-2 ARRC bertukar tragedi apabila seorang pelumba dari Thailand melanggarnya dari belakang ketika dia menunggang secara perlahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pelumba negara kritikal lepas kemalangan ngeri, isteri mohon doa rakyat Malaysia

BACA LAGI: Kuching City makin ‘meow’, sambar 4 bintang baharu termasuk keyplayer JDT

Fadli yang kini berusia 40 tahun difahamkan menunggang motosikal secara perlahan kerana ingin meraikan kemenangannya di tepi trek berhampiran dengan tempat duduk penonton.

Susulan kecederaan yang dialaminya daripada kemalangan tersebut, kaki kiri Fadli terpaksa dipotong dan dia memutuskan untuk berputus asa dari sukan permotoran pada tahun berikutnya.

Fadli akhirnya menempuh kehidupan baharu dalam arena berbasikal sebagai atlet berbasikal paralimpik dan dia juga terpilih untuk menyertai Pusat Latihan Nasional (Pelatnas) Indonesia bagi Sukan Para Asia 2018.

Dengan pengalaman 15 tahun dalam dunia perlumbaan motosikal membantu Fadli dalam dunia berbasikal dan ia terbukti apabila atlet paralimpik itu memenangi pingat perak dan emas di Sukan Para Asia 2018. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram