[VIDEO] Pemandu mabuk dipercayai remaja 14 tahun langgar lampu isyarat sebelum rempuh kereta


  • Tular
  • Rabu, 04 Okt 2023

Keadaan kereta yang dirempuh oleh pemandu SUV dalam video yang tular kembali baru-baru ini.

TULAR sebuah video memaparkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh sebuah kereta di sebuah lebuh raya berhampiran lampu isyarat baru-baru ini.

Menerusi video rakaman yang dikongsikan oleh @nanmanjoi8715 di Twitter (X) pada Rabu, pemandu yang dipercayai seorang remaja berumur 14 tahun melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Dalam rakaman yang sama, difahamkan lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Melalui data yang tertera di rakaman dashcam, kejadian itu dipercayai berlaku pada Julai lalu dan dipercayau tular semula di media sosial bari-baru ini.

Difahamkan, kejadian berlaku berpunca daripada pemandu SUV yang memandu dalam keadaan mabuk ketika itu.

Impak daripada pelanggaran itu, kedua-dua kereta dilihat mengalami kerosakan yang teruk.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram