Rafizi nafi data Padu kena ceroboh kumpulan R00tk1t


  • Primer
  • Selasa, 20 Feb 2024

Rafizi Ramli yang menegaskan bahawa sistem Padu tidak diceroboh oleh mana-mana penggodam. — The Star

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa keselamatan Hab Pangkalan Data Pusat (Padu) diceroboh susulan laporan berita yang mendakwa sistem itu digodam oleh kumpulan dikenali sebagai R00tk1t.

Laporan itu mendakwa kumpulan penggodam itu telah mencuri data bernilai 27TB.

Bagaimanapun, laporan itu telah dikemas kini dan mendakwa bahawa tangkapan skrin yang disebarkan oleh kumpulan tersebut di Telegram mereka berkemungkinan merujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau juga dikenali sebagai Padu.

BACA LAGI : PM Anwar lancar PADU, semak semula data apa nak kena isi elak tercicir subsidi

GGtVbXzasAAvIS1

Penafian yang dikeluarkan PaduOfficial. — Twitter/@paduofficial

BACA LAGI : Pendaftaran PADU tidak mesra pengguna, warga emas desak kerajaan buat kelas tutorial guna sistem online

Menerusi ciapannya di Twitter (X) pada Isnin, Rafizi berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh PaduOfficial bagi menafikan pencerobohan data dalam sistem Padu.

Susulan itu, PaduOfficial dalam satu kenyataan pada Selasa turut menafikan bahawa maklumat dalam laporan berita tersebut adalah palsu serta menggesa orang ramai berhenti menyebarkannya.

"Hab Pangkalan Data Pusat (Padu) tidak akan menjejaskan keselamatan data orang ramai," katanya.

Pada 26 Januari, R00tk1t ketika itu secara aktif menyiarkan tangkapan skrin yang didakwa membuktikan penggodam berjaya menceroboh sistem berkenaan.

Sementara itu, LifestyleTech dilaporkan sudah berusaha menghubungi Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (Nacsa) bagi mendapatkan ulasan lanjut berhubung dakwaan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram