PM Anwar lancar PADU, semak semula data apa nak kena isi elak tercicir subsidi


  • Massa
  • Selasa, 02 Jan 2024

PADU merupakan sistem yang menggabungkan lebih 200 pangkalan data untuk menyelaras pengumpulan maklumat negara secara berpusat dan bersepadu.

SISTEM Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancar oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa bakal memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.

Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.

Dalam erti kata lain, PADU merupakan sistem yang menggabungkan lebih 200 pangkalan data untuk menyelaras pengumpulan maklumat negara secara berpusat dan bersepadu.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Sehubungan itu, setiap isi rumah perlu memastikan maklumat diri mereka disahkan dan dikemas kini dalam sistem PADU sehingga 31 Mac ini.

Berikut adalah cara membuat semakan dan mengemaskini data anda dalam sistem pangkalan PADU:

1. Membuat semakan di portal PADU

GB1cnPNaAAA8nHk

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat diri ke dalam sistem PADU.

Orang ramai diminta untuk menyemak dan mengemas kini data masing-masing menerusi sistem pangkalan PADU selepas ia dilancar pada Selasa ini.

Maklumat yang lengkap dan tepat perlu bagi memastikan individu dan isi rumah yang layak, menerima subsidi dan bantuan yang sewajarnya.

Jika maklumat tidak dikemas kini, kerajaan akan menggunakan data sedia ada untuk menentukan kelayakan penerima bantuan berkenaan.

2. Mengemas kini 39 maklumat

tanggungjawab Rakyat@4x

Pengesahan maklumat dalam sistem pangkalan PADU adalah penting.

Bagi mereka yang berada di bandar dan mempunyai akses internet, maklumat dalam sistem pangkalan boleh dikemaskini secara kendiri kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di portal PADU.

Sementara itu, bagi penduduk yang tidak mempunyai akses internet dan berada di kawasan pedalaman, mereka boleh membuat pendaftaran secara manual.

Pengemaskinian kendiri secara manual boleh dilakukan di lokasi seperti berikut:

i) Pejabat Daerah/Penghulu/MPKK/PBT

ii) Pusat Ekonomi Digital

iii) Pusat Internet Desa

iv) Premis Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri

3. Pengesahan maklumat penting untuk elak setiap isi rumah tercicir terima subsidi

Pengemaskinian update@4x_0

Cara kemas kini maklumat PADU bagi mereka yang mempunyai akses dan tidak mempunyai akses internet.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata maklumat yang lengkap dan tepat perlu bagi memastikan individu dan isi rumah yang layak, menerima subsidi dan bantuan yang sewajarnya.

Beliau berkata, jika maklumat tidak dikemaskini, kerajaan akan menggunakan data sedia ada untuk menentukan kelayakan penerima bantuan berkenaan.

"Seramai sembilan juta orang daripada sektor formal yang mempunyai gaji dan KWSP tetapi lagi tiga juta ini tiada kerana daripada sektor swasta. Jadi, kita memberi ruang kepada mereka mengemaskini maklumat mereka dalam sistem PADU.

"Walaupun dalam sistem kerajaan mempunyai data namun kami memerlukan rakyat mengesahkan dan mengemaskini data," katanya.

Sehubungan itu, pengesahan maklumat dalam sistem pangkalan PADU adalah penting.

Pada masa sama, pendapatan boleh belanja bersih atau boleh diperoleh secara tepat dan adil menerusi PADU sekali gus memudahkan proses pengagihan subsidi atau bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

4. Kelebihan mendaftar PADU

Pada Jumaat lalu, Rafizi Ramli mengumumkan 3,000 pendaftar pertama dalam PADU berpeluang menerima kad NFC Touch 'n Go secara percuma.

Selain itu, mereka juga bakal mendapat diskaun daripada pasar raya terkemuka, Mydin namun jumlah diskaunnya masih belum dikongsikan.

Untuk rekod, Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram