ISU kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya tidak pernah habis dibincangkan jika tiada langkah kesedaran diambil dari awal.
Antara masalah yang sering timbul adalah mengenai beban hutang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan seseorang itu muflis.
Menerusi klip video singkat podcast Financial Faiz, seorang tetamu jemputan membincangkan tentang punca-punca utama kebanyakan rakyat Malaysia jatuh muflis.
Dalam video itu, tetamu tersebut menyatakan bahawa antara puncanya adalah sikap sesetengah individu yang kerap membuat hutang dengan banyak.
BACA LAGI : Status muflis rakyat libatkan hutang kurang RM50,000 dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac — Anwar
Apa punca rakyat Malaysia selalu bankrap?
Podcast macamni best dengar! pic.twitter.com/BBxStBT6Eb
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) February 18, 2024
Bukan itu sahaja, tindakan mengabaikan hutang juga dikatakan mendorong individu tersebut muflis.
Podcast itu juga membincangkan tentang gaya hidup golongan muda yang gemar membeli barangan mewah seperti kereta dengan membuat pinjaman.
Ia dikatakan sekali gus menyebabkan beban hutang pada usia awal kerana terpaksa menanggung hutang terlalu banyak.
Mengulas lanjut mengenai situasi itu, pakar ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, hutang pada zaman sekarang tidak dapat dielakkan khususnya bagi golongan muda yang saban tahun terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi sekali gus mempengaruhi kos sara hidup tinggi khususnya di kawasan-kawasan bandar atau lokasi strategik.
BACA LAGI : Rangka strategi ubah cara agih zakat galak golongan miskin tegar sertai program jana pendapatan
Mohd Faisol berkata, budaya mengikut trend semasa melebihi kemampuan dalam golongan muda perlu dielakkan.
Faisol yang juga Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjelaskan, golongan tersebut bagaimanapun perlu celik kewangan supaya mereka tidak berisiko membuat hutang yang tinggi dan jatuh muflis jika gagal menguruskan kewangan dengan baik.
"Bagi golongan yang baru bekerja, komitmen hidup mereka sebenarnya tidak tinggi jika gaya hidup sederhana diamalkan di samping keupayaan untuk menyimpan dana yang tinggi dan membuat pelaburan dan perancangan masa depan yang lebih terjamin.
"Namun bagi golongan yang baru bekerja dan berkahwin, mereka perlu berfikir secara matang kerana mereka mempunyai komitmen semakin berat tahun demi tahun berbanding semasa bujang," katanya kepada Majoriti.
Bagaimanapun, Faisol menjelaskan, kematangan berfikir akan membezakan seseorang itu khususnya dalam ilmu kewangan.
Golongan muda juga disaran elak membeli kereta mewah melebihi kemampuan. — Gambar hiasan
Katanya, gaya hidup semasa bujang dan selepas berumah tangga juga memainkan peranan dalam pengurusan wang setiap individu.
"Mungkin semasa bujang, rumah sewa lebih berbaloi dan berekonomi berbanding rumah sendiri.
"Tetapi, apabila sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri lebih berekonomi berbanding sewa kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai aset tetapi juga salah satu bentuk pelaburan," katanya lagi.
Ia juga dikatakan sama dengan konsep kepentingan membeli kereta ketika bujang dan setelah berkahwin.
Pembelian rumah adalah mengikut keperluan. — Gambar hiasan
Justeru, Faisol mencadangkan bahawa, pembelian bersifat kemahuan tidak penting perlu dielakkan manakala, pembelian bersifat keperluan perlu diutamakan,
"Antaranya elak buat pinjaman peribadi, guna kad kredit, berbelanja dahulu sebelum menyimpan, budaya suka meniru cara hidup orang mewah dan berkongsi pinjaman.
"Bukan sekadar itu, komitmen perbelanjaan melebihi 70 peratus daripada pendapatan, skim cepat kaya, perbelanjaan membazir seperti rokok, ubah suai kenderaan secara berlebihan dan guna falsafah biar papa asal bergaya juga perlu dielakkan," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram