SELAIN kenaikan harga barang mentah, rakyat menerima satu lagi perkhabaran mengejut mengenai perkara sama tetapi melibatkan tambang bas sekolah.
Pada Ahad, tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dilaporkan dijangka meningkat ekoran pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutamanya di kawasan bandar seperti Lembah Klang.
Pada masa sama, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat mengambil kesempatan menjelaskan bahawa jumlah yang dinaikkan bagaimanapun tidak sama dan bergantung kepada pihak yang menjalankan operasi tersebut.
BACA LAGI : PPBSM dedah alasan tambang bas sekolah naik RM10 ke RM20
Kenaikan harga itu juga dikatakan akan berlaku mengikut kawasan memandangkan kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah sejak Januari 2015 lagi.
Golongan B40 antara pelanggan setia untuk menaiki bas sekolah. — Gambar hiasan/The Star
Ia juga tidak dilakukan secara melulu dan pihak persatuan dilaporkan akan memberi nasihat dan garis panduan kepada pengurus bas untuk memberi pertimbangan terutama kepada golongan B40 yang menjadi antara pelanggan setia bas sekolah.
Jika sebut sahaja tentang kenaikan harga, secara ironinya pasti ia akan membangkitkan kemarahan atau percanggahan pendapat daripada rakyat.
Namun, setelah diteliti, rata-ratanya menerima baik dan memandangnya daripada sudut positif.
Hal ini kerana, ada yang menyifatkan bahawa kenaikan itu seolah-olah wajar dilakukan selari dengan perederan zaman serta rakyat tidak seharusnya bergantung harap pada subsidi kerajaan semata-mata.
"Kenaikan tidap dapat dielakkan, muflis negara kalau semuanya subsidi," komen JaTa Menjulang Usaha.
Ia turut disokong dengan seorang lagi warga maya dan dilihat tidak melepaskan peluang untuk memberi cadangannya.
BACA LAGI : Ibu bapa tolak perkhidmatan bas sekolah, lebih berbaloi hantar anak sendiri
"Asyik nak percuma sahaja, asyik nak subsidi. Lepas itu ganggu pendapatan bas orang lain cari rezeki.
"Sarankan setiap lima tahun bas sekolah wajib tukar, boleh turunkan kos penyelenggaraan. Bayar bulanan lagi baik daripada tanggung bas dah berusia, bahaya untuk budak sekolah," tulis Mohd Archilis.
"Boleh lah tu, kita jangan bebankan pengusaha bas. Kalau bukan kita siapa lagi nak ringankan bebanan kos yang ditanggung mereka. Syukur anak-anak boleh naik bas dengan selamat ke sekolah," komen Noor Azman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram