[VIDEO] Staf selamba bawa lari stok jualan syarikat Aeril Zafrel sambil jeling CCTV


  • Tular
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Tangkap layar video CCTV memaparkan lelaki dipercayai pekerja syarikat Aeril Zafrel yang dikatakan membawa lari stok jualan syarikat milik selebriti terbabit.

SELEBRITI dan usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan berlakunya kejadian pecah amanah melibatkan seorang pekerjanya baru-baru ini.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Instagramnya pada Sabtu, seorang lelaki didakwa pekerjanya dilihat mengambil beberapa kotak dipercayai stok jualan syarikat selebriti itu.

Aeril mendakwa, pekerjanya itu membawa lari stok tersebut, selain tidak dapat dihubungi sejak Jumaat.

"Ada yang kenal mamat ni? Kes pecah amanah dan bawa lari stok, sebab sejak semalam (Jumaat) hubungi dan mesej tidak dibalas," tulisnya.

@majoritiofficial

Eh. Suka hati dia je ambil kotak tu??? Berapa ribu la harga satu kotak tu... #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #wawacosmetics #aerilzafrel #wawazainal #artismalaysia #stok

♬ original sound - Majoriti Official

Pada masa sama, dia turut memuat naik satu gambar memaparkan wajah jelas lelaki berkenaan yang didakwa melakukan perkara tersebut.

Sementara itu, segelintir warganet dilihat ada yang seolah-olah mengatakan bahawa tindakan pekerja itu tidak menjejaskan syarikat Aeril.

"Anggap je la sedekah, korang dah kaya, abang Zafrel dan kak Wawa kita. Berapa sen dia ambil dua kotak je," komen @pbj_boneacjustment_bidankampung.

"ALLAH, takat dua kotak macamtu dia ambil, takkah jadi muflis lah. Sampai nak muat naik di Instagram. Ingat kes berjuta-juta," tulis @phinix_official.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram