PADA Sabtu lalu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan terpaksa berdepan dengan satu operasi menyelamat yang disifatkan sebagai jarang berlaku.
Ia selepas pasukan keselamatan tersebut dipanggil untuk melakukan kerja menyelamat seekor kucing yang tersangkut selama hampir dua jam pada lubang dinding rumah di Taman Sunny, Kota Kinabalu.
Menurut laporan media tempatan, leher kucing berwarna jingga yang lebih popular dengan panggilan Oyen itu tersangkut selepas ia cuba untuk mengejar seekor lipas sehingga ke lubang tersebut.
BACA LAGI: Kelantan keluarkan jenama beras sendiri 2024
Kucing tersebut berjaya diselamatkan selepas anggota APM memecahkan tembok dinding rumah berkenaan. — Facebook/APMKotaKinabalu
Ekoran daripada itu, APM terpaksa memecahkan tembok dinding rumah berkenaan bagi mengeluarkan haiwan tersebut.
Pada masa sama, agak melucukan mengenai kejadian berkenaan, APM Kota Kinabalu memaklumkan kucing tersebut sebenarnya merupakan haiwan sama pernah diselamatkan di rumah dan lubang sama dalam insiden sekitar Oktober tahun lalu.
BACA LAGI: Beras Putih Malaysia Madani masih perlukan kelulusan Kabinet
"Kes tersebut berjaya dikendalikan anggota APM Kota Kinabalu. Tidak disangka APM Kota Kinabalu sekali lagi menerima panggilan kecemasan bagi Lain-Lain Kes (LLK) iaitu menyelamatkan kucing.
"Ia merupakan kucing yang sama kepalanya tersangkut pada lubang yang sama juga di dinding rumah pengadu dan anggota APM Kota Kinabalu juga berjaya menyelamatkan kucing tersebut untuk kali kedua," ujar APM Kota Kinabalu menerusi hantaran di Facebook pada Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram