TULAR di media sosial sejak Jumaat, mengenai keadaan seekor kucing kesakitan kaki depan kirinya sebelum dibantu mendapatkan rawatan oleh jururawat Hospital Selayang, Batu Caves, Selangor.
Video yang berdurasi 47 saat itu memperlihatkan seekor kucing bernama Oyen yang mengalami kecederaan di kakinya berkeliaran di luar hospital Selayang.
Keadaan ini menimbulkan pilu di hati seorang jururawat yang lalu di hadapan hospital itu dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk memulihkan kakinya.
Selepas dirawat, Oyen itu dilihat sudah tidak lagi mengerang kesakitan.
Malah, kucing itu pun berlalu pergi keluar dari perkarangan hospital selepas selesai dibalut kaki kirinya.
Punca luka di kaki kiri kucing itu begitupun masih tidak dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa pilu melihat video itu.
"Semoga dirahmati kehidupan nurse berkenaan kerana membantu makhluk ALLAH yang memerlukan bantuan," kata @samlgk2023
"Kesiannya kucing itu, siapalah buat kaki dia macam itu," kata @araauni_
Belum ada kenyataan daripada pihak hospital dan pemilik haiwan itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram