Budak 12 tahun hanyut dibawa arus ketika mandi dengan kawan di Sungai Tembeling


  • 112
  • Ahad, 18 Feb 2024

Pasukan penyelamat yang dilaporkan sedang berusaha mencari mangsa di sekitar Sungai Tembeling, Pahang pada Ahad. — Facebook/Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hanyut dibawa arus ketika mandi-manda di Sungai Tembeling dekat Kampung Kuala Sat, Jerantut, Pahang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kassim dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang.

BACA LAGI: Lepas 3 hari hilang ketika memancing, budak lelaki 5 tahun lemas di Rompin ditemukan

msg1050426791-25789

Sungai Tembeling merupakan lokasi kejadian tersebut. — Facebook

Mangsa, Mustaqim Rizman dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan bersama rakannya.

"Ketika ini, tugas pencarian mangsa sedang diselaraskan di antara polis, bomba dan penyelamat, persatuan pengendali bot dan penduduk tempatan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejurus menerima panggilan kecemasan tetapi operasi ditangguhkan kerana keadaan gelap dan disambung esok (Isnin)," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd Azam Mohd Abdul Latif dilaporkan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat dengan menggunakan bot milik penduduk kampung sebaik menerima maklumat.

"Seramai, enam anggota bomba dan sebuah jentera telah digerakkan ke kawasan kejadian, manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Kuantan dan Pekan sudah dimaklumkan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram