Lepas 3 hari hilang ketika memancing, budak lelaki 5 tahun lemas di Rompin ditemukan


  • 112
  • Rabu, 13 Dis 2023

Bomba menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 5.25 petang Isnin, selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Mohd Azhari Mukhtar berkata, mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada pukul 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.25 petang Isnin, selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.

WhatsApp Image 2023-12-13 at 9.40.28 PM

Mayat mangsa dijumpai pada pukul 5.30 petang oleh pasukan SAR kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

"Kami telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejak Isnin, dan operasi hari ini menemukan mayat kanak-kanak itu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Azhari operasi SAR melibatkan 116 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram