Fakta: Figura penting detik pembubaran Parlimen sejak PRU pertama


  • Berita
  • Isnin, 10 Okt 2022

Pembubaran Parlimen boleh dipercepatkan atas nasihat Perdana Menteri dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

MEMBUKA lembaran sejarah, Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan ketika 27 Julai 1955 di Persekutuan Tanah Melayu dan satu-satu PRU dilakukan sebelum berstatus merdeka.

Dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan yang dahulunya anggota dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Pembentukan Tanah Melayu berjaya dihasilkan sekali gus memperlihatkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah atau Tunku diangkat sebagai Ketua Menteri.

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

majoriti2022 (6)

Wajah bekas Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman (dari kiri) Abdul Razak dan Hussein Onn.

Di Malaysia pembubaran Parlimen hanya melibatkan Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Tempoh maksimum bagi sebuah penggal Dewan Rakyat di Malaysia ialah lima tahun genap bermula tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya umum yang lepas, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.

majoriti2022 (7)

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir (dari kiri) Abdullah dan Najib.

Seterusnya PRU Tanah Melayu kedua berlangsung pada 19 Ogos 1959 iaitu dua tahun selepas sambutan kemerdekaan, 31 Ogos 1957.

Tunku dilantik menjadi Perdana Menteri pertama selepas kemerdekaan. Pembentukan Malaysia pada 1963 menjadi salah satu kejayaan sehingga dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan.

Tunku menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri selama empat penggal bermula 31 0gos 1957 hingga 22 September 1970.

majoriti2022 (9)

Bekas Perdana Menteri Mahathir dan Muhyiddin.

Selain Tunku nama lain yang turut menyandang tanggungjawab tersebut lebih daripada satu penggal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad (16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003) dan Datuk Seri Najib Razak (3 April 2009 hingga 9 Mei 2018).

Berikut dikongsikan fakta mengenai pilihan raya umum pertama sehingga penganjuran ke-14.

Pilihan Raya Umum (PRU1)

Pertama kali Pilihan Raya Umum Tanah Melayu dilakukan pada 1959. Ini merupakan pilihan raya pertama di Persekutuan Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong pada waktu ini ialah Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad. Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama bermula 3 Ogos 1957 hingga 1 April 1960.

PRU2

PRU Malaysia pertama yang dilakukan selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Bagaimanaoun ini merupakan PRU kedua selepas negara menyambut kemerdekaan.

Diadakan pada 24 April 1964. PRU pada tahun ini dilakukan di seluruh semenangjung, namun tidak melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.

Ketika itu jawatan Perdana Menteri disandang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj manakala Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai.

Pilihan raya itu bagaimanapun tidak disertai oleh Sabah dan Sarawak kerana difahamkan ingin memberi laluan kepada pertubuhan Malaysia yang baru dilakukan.

Tekanan pilihan raya ini turut melibatkan ketegangan Konfrontasi Indonesia-Malaysia oleh bekas Presiden Republik itu, Sukarno.

Ketegangan politik yang menentang pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia Barat).

PRU3

PRU Malaysia diadakan pada 1969 merupakan pilihan raya pertama yang disertai oleh Sabah dan Sarawak. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin secara rasminya mengumumkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa 20 Mac 1969.

Pilihan raya Dewan Negeri Sabah tidak dilakukan pada waktu itu kerana masih mempunyai baki tiga tahun untuk dibubarkan.

Mengikut perlembagaan, Pilihan raya Umum di Malaysia Barat hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran diumumkan, manakala Malaysia Timur pula 90 hari.

Pilihan raya diadakan pada 10 Mei 1969, namun ditangguhkan pengundian di Sabah dan Sarawak sehingga 6 Jun dan 4 Julai 1970.

Keputusan pilihan raya memberikan reaksi seterusnya sehingga menyebabkan rusuhan kaum dalam Insiden 13 Mei.

Akibat daripada kejadian ini, kerajaan pusat memutuskan untuk menggantung parlimen dan pentadbiran kerajaan dipantau oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sehingga 1971.

Pentadbiran Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri digantikan oleh Tun Abdul Razak. Razak kemudiannya menubuhkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MAGERAN diwujudkan bagi menangani isu-isu perpaduan masyarakat pada masa itu dan membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat Malaysia sehingga hari ini

majoriti2022 (10)

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.

PRU4

PRU Malaysia 1974 ini merupakan pilihan raya pertama Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri bermula 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976.

Pembubaran Parlimen dibuat pada 31 Julai 1974 yang diumumkan oleh Abdul Razak kecuali di Sabah. Parlimen negeri itu dibubarkan setelah Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan pembukaan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong ketika itu ialah Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

PRU5

PRU Malaysia 1978 diadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini merupakan yang pertama disertai oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Beliau menggalas tanggungjawab itu bermula 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981.

Ketika ini Yang di-Petuan Agong ialah Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.

PRU6

PRU Malaysia 1982 merupakan yang pertama buat Tun Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri.

Parlimen bubar pada 28 Mac melibatkan Dewan Rakyat dan semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sabah dan Sarawak pada keesokannya (29 Mac).

PRU6 berlangsung pada 22 April sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 7 April. Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan tarikh pembubaran pada 21 Mac dan memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dimaklumkan olehnya pada 17 Mac.

Dewan-Dewan Undangan Negeri akan juga dibubarkan pada masa yang sama kerana Mahathir mahu pilihanraya bagi kerusikerusi Dewan Undangan Negeri itu diadakan sekali gus.

Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu ialah Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

PRU7

PRU Malaysia 1986 merupakan pilihan raya umum kedua sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu ialah Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

PRU8

PRU Malaysia 1990 masih lagi memperlihatkan Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sementara Yang di-Pertuan Agong pula Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.

Ini merupakan pilihan raya ketiga Mahathir manakala Parlimen dibubarkan sekitar Oktober 1990.

PRU9

PRU Malaysia 1995 mashi lagi melihat Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali gus menjadikan pilihan raya keempat beliau memegang jawatan itu.

Waktu ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.

Yang di-Petuan Agong pula ialah Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

PRU10

PRU Malaysia dilakukan pada 1999. Konflik pilihan raya 1990 bermula apabila Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin membentangkan Belanjawan 2000 pada 29 Oktober 1999.

Selepas dua minggu Dewan Rakyat membahaskan Bajet, rakyat dikejutkan dengan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri yang berkuat kuasa 12 November.

Pertama kali dalam sejarah sidang Parlimen dibubarkan, membabitkan Belanjawan yang sudah dibentangkan terhenti sehingga keputusan pilihan raya diumumkan dan Belanjawan dibentangkan sekali lagi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj perkenan bagi pembubaran Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

PRU11

PRU Malaysia 2004 berlangsung pada 21 Mac setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac.

Pada 4 Mac, Perlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri kecuali Sarawak dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Abdullah diberi kepercayaan sebagai Perdana Menteri bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.

Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negeri yang terakhir diadakan pada tahun 2001. Oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat baru bagi setiap lima tahun dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Kerajaan Malaysia ketika itu mempunyai masa sehingga akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya.

Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu ialah Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

PRU12

PRU Malaysia 2008 diadakan pada 8 Mac selepas Parlimen dibubarkan 13 Februari setelah Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin memperkenankannya.

Ketika ini menyaksikan Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Razak yang diberi mandat menggalas tanggungjawab terbabit bermula 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.

PRU13

PRU Malaysia diadakan pada 5 Mei 2013 selepas Parlimen bubar pada 3 April. Bagaimanapun tempoh penggal Parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013.

Namun Parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.

Yang di-Pertuan Agong Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri.

Bagi pilihan raya serentak di seluruh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.

Pada 3 April Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

PRU14

PRU Malaysia diadakan pada 9 Mei 2018 selepas Parlimen dibubarkan pada 7 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang iaitu sehingga 24 Jun 2018.

Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad Vbbagaimanapun boleh membubarkan Parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri.

Bagi melakukan serentak di kawasan Parlimen dan DUN, pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018.

Pada 6 April Najib Razak mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada 7 April.

Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia.

Tan Seri Mahiaddin Md Yasin diangkat sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

PRU15

Konflik untuk mengadakan PRU15 menjadi perdebatan apabila wujud desakan daripada Umno yang mahu pembubaran Parlimen dibuat segera sebaik pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022.

Bagaimanapun 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian untuk tidak diadakan PRU15) pada tahun ini.

Perkara itu disebabkan kekhuatiran apabila negara akan berdekan dengan Monsun Timur Laut yang akan mengakibatkan banjir pada penghujung tahun.

Keputusan itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya sama ada Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan Parlimen pada 2022 atau sebaliknya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram