Penentuan harga kawalan minggu depan, PM Anwar yakin harga beras boleh dikurangkan


  • Primer
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Anwar Ibrahim yakin harga beras dapat dikurangkan sekali gus membantu keperluan masyarakat. — The Star

ISU harga kawalan beras akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal itu ditangguhkan ke minggu depan bagi membincangkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.

BACA LAGI: Beras Putih Malaysia Madani masih perlukan kelulusan Kabinet

"Kita tangguh mesyuarat Naccol ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

"Walaupun harga tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka," katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat.

BACA LAGI: Kelantan keluarkan jenama beras sendiri 2024

Dalam pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang tengah, agar tidak mengambil keuntungan yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan harga di pasaran melambung. — The Star / IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram