TULAR beberapa video memaparkan sekumpulan bergaduh di sebuah kawasan meletak kenderaan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Jumaat.
Video tersebut dikongsikan Ridz Rasd di laman Facebook Airasia Ride & Grab Malaysia Community pada hari yang sama.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, Ridz mendakwa punca pergaduhan itu tercetus ekoran daripada perebutan tempat parkir kereta di kawasan berkenaan.
"Pergaduhan di 'landside'. Ceritanya, pemandu e-hailing parking (meletakkan kenderaan) tempat pemandu teksi limosin parking.
"Pemandu teksi limosin tegur suruh ubah kereta, pemandu e-hailing sengaja melambat-lambatkan sehingga tercetus pergaduhan," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Gagal dapat wang beli dadah punca lelaki pukul ibu, ancam letup rumah di George Town
BACA LAGI: [VIDEO] Hampir putus kaki gara-gara tidak sabar tunggu feri mendarat
Dakwanya lagi, pergaduhan itu boleh dielakkan sekiranya pemandu e-hailing tersebut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita kena sedar diri, kita ini pemandu e-hailing menumpang tempat orang," tulisnya.
Melalui video yang dikongsikan,kelihatan dua individu tersebut saling tumbuk-menumbuk antara satu sama lain.
Kejadian menjadi lebih tegang apabila terdapat individu lain yang cuba masuk campur.
Turut kedengaran suara seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut mahupun pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram