Angkara hutang rakan durjana, isteri mekanik jadi mangsa culik 10 jam


  • 112
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Seorang wanita berjaya diselamatkan polis selepas  diculik sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada. 

SEORANG wanita berjaya diselamatkan polis selepas diculik sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari,berkata mangsa diculik di hadapan sebuah premis kedai pada pukul 5 petang Isnin.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai mekanik pada hari kejadian.

"Menurut saksi kejadian, empat individu termasuk seorang wanita dilihat membawa mangsa yang juga pekerja serbaneka masuk ke dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

"Berdasarkan maklumat diterima, kami melakukan serbuan kira-kira pukul 3 pagi, Selasa lalu, di dua lokasi di Bukit Damansara dan Sentul yang membawa kepada penahanan empat lelaki serta seorang wanita berusia 25 hingga 31 tahun,"katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal dapat wang beli dadah punca lelaki pukul ibu, ancam letup rumah di George Town

Tambahnya lagi, mangsa berjaya diselamatkan selepas 10 jam diculik.

"Tindakan pantas diambil polis berjaya menyelamatkan mangsa yang ditemui tanpa sebarang kecederaan dalam tahanan suspek di Sentul.

BACA LAGI : [VIDEO] Drama tebusan di George Town berakhir lepas 3 jam, anak derhaka jadikan ibu mangsa, ugut letup rumah

"Siasatan awal mendapati, suami mangsa yang juga pengadu memaklumkan suspek memintanya membayar hutang rakannya dipercayai membabitkan urusan jual beli dadah sebanyak RM100,000.

"Sepanjang tempoh isterinya dilarikan, pengadu menyerahkan RM45,000 kepada suspek sebelum mereka ditahan pihak polis.

"Kami masih mengesan seorang lagi suspek masih bebas iaitu, Mohd Daniel Harris Azmi, 26, beralamat terakhir di Sungai Petani, Kedah yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu," katanya. — The Star/AUSTIN CAMOENS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram