[VIDEO] Kes mercun baling mercun ke penari tarian singa di Sandakan selesai secara baik


  • 112
  • Khamis, 15 Feb 2024

Tangkap layar penari tarian singa dibaling mercun ketika membuat persembahan

BARU-BARU ini, sebuah video tular menunjukkan penari tarian singa dilempar bunga api sewaktu persembahan di depan lot kedai di Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Polis Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada malam Isnin 12 Februari lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, pemilik kedai tersebut sudah meminta maaf kepada penari tarian singa tersebut dan kata damai telah dicapai.

"Kami menerima laporan mengenai kejadian ini namun kedua belah pihak telah menyelesaikan perkara itu sendiri," katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipercayai kemaruk nak popular di TikTok, lelaki bakar kereta polis di PJ sah positif dadah

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi insiden 'test' kereta sampai kemalangan, 6 kenderaan jadi mangsa di Puncak Alam

Dalam video tular tersebut, kelihatan seorang wanita membaling mercun yang sedang ke arah penari singa.

Difahamkan dua penari lari menyelamatkan diri apabila mercun mula meletus di kaki mereka, meninggalkan hanya seorang pemain yang membawa kepala singa.

Kelihatan seorang sahaja yang melompat-lompat sambil masih cuba menghabiskan persembahan tarian singanya. — The Star/STEPHANIE LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram