Pendaki wanita maut ketika hari jadi, sesak nafas lepas 6 hari sertai program daki Gunung Reskit di Kuala Tahan


  • 112
  • Selasa, 06 Feb 2024

Pendaki wanita terbabit, Zahalita Othman meninggal dunia ketika mendaki Gunung Reskit dekat Kuala Tahan, Jerantut pada Selasa. — Facebook/Zahalita Othman

SEORANG pendaki wanita meninggal dunia di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan, Jerantut, Pahang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, mangsa berusia 52 tahun itu dilaporkan mengalami sesak nafas ketika mendaki.

Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerantut menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Merapoh pada pukul 12.45 tengah hari memaklumkan ada satu kematian membabitkan seorang wanita ketika mendaki gunung terbabit.

BACA LAGI: 'Engkau ni bodoh, tak pandai bagi signal', pembuli jalan raya brutal belasah pesara depan klinik di Sepang

pendaki wanita

Gambar kenangan terakhir Zahalita (lima dari kiri) yang mengikuti program pendakian Gunung Reskit, Kuala Tahan di Jerantut, Pahang sejak 1 Februari lalu

BACA LAGI: Buang tauge, post di media sosial termasuk bab rosak akhlak — Mufti

"Mangsa telah mengikuti program pendakian Gunung Tahan yang bermula sejak 1 Februari lalu.

"Semasa pendakian, wanita itu telah mengalami sesak nafas dan meninggal dunia. Jangkaan masa kejadian lebih kurang pukul 7.30 pagi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, arahan pengurusan untuk membawa keluar mayat sedang diatur dan mangsa masih belum dapat dikeluarkan kerana faktor cuaca.

Dalam pada itu, rata-rata sahabat pendaki wanita terbabit, Zahalita Othman mengucapkan takziah di Facebook.

Pada masa sama, sahabat dan ahli keluarga mangsa juga bersedih kerana wanita yang mesra dengan panggilan Kak Ita itu dilaporkan meninggal dunia ketika hari jadinya yang ke-52 pada 6 Februari.

Sementara itu, anak mangsa, Hafiz D Luthfi berkata, keluarganya masih menunggu jenazah yang dijangka hanya boleh dikeluarkan menggunakan helikopter pada pagi Rabu.

"ALLAH sayang ibu, hari ini hari jadi ibu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram