
MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menyita sebuah premis di Taman Semenyih Ria, Semenyih, Selangor yang tular pada Ahad selepas melakukan kerja melapah daging di kawasan yang tidak sesuai.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pihaknya bertindak menjalankan siasatan pada Isnin ekoran daripada aduan yang diterima di media sosial.
Katanya, hasil semakan lesen mendapati premis terbabit dimiliki oleh warganegara Malaysia yang berdaftar.
"Semasa pemeriksaan dijalankan tiada aktiviti melapah daging dibuat, namun terdapat ternakan ayam dan itik hidup di premis untuk tujuan menyembelih dan menjual kepada pelanggan.
"Walaubagaimanapun, pekerja premis memaklumkan aktiviti melapah daging dilaksanakan ketika musim perayaan dan cuti umum kerana permintaan yang tinggi," ujar kenyataan tersebut.
Tangkap layar aduan yang telah dilaporkan kepada pihak MPKj.— Twitter
Susulan daripada itu, Jabatan Penguatkuasaan MKPKj bertindak membuat satu sitaan terhadap premis berkenaan yang dilaporkan pada Selasa.
Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj juga mengeluarkan arahan bertulis kepada pemilik supaya mematuhi arahan dan sekatan ditetapkan MPKj.
Majoriti pada Isnin melaporkan mengenai gesaan penduduk Taman Semenyih Ria yang meminta pihak PBT untuk mengambil tindakan segera terhadap warga asing dipercayai Bangladesh yang menjual daging di salah sebuah premis kedai di kawasan itu.
Ia selepas kumpulan berkenaan dirakam bertindak melapah daging di kawasan yang tidak sesuai dan kotor.
Dakwa penduduk lagi, warga asing tersebut turut memberi respons yang kurang ajar apabila ditegur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram