'Penat ulang nasihat sama', Ketua Pengarah DBP turun padang gegar 'Library' Bangi


  • Primer
  • Ahad, 04 Feb 2024

Tangkap layar PPAS Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor yang didakwa menggunakan papan tanda dalam Bahasa Inggeris.

DI sebalik kedudukannya sebagai bahasa rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun penggunaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu di ruang awam di dalam negara disifatkan masih belum cukup memuaskan.

Malah, isu ini bukan hanya melibatkan pihak swasta, tetapi juga di sektor Kerajaan termasuk dalam isu membabitkan penggunaan seperti penggunaan papan tanda dan pemilihan nama bagi acara atau program tertentu.

Pada Sabtu, tular satu lagi insiden memaparkan penggunaan papan tanda Bahasa Inggreris dengan perkataan 'Library' yang didirikan di Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin Muhammad yang mengakui terkejut dengan situasi tersebut.

Perkara itu ternyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku khususnya khususnya dalam membantu mengangkat martabat bahasa Melayu di dalam negara.

BACA LAGI: 'Ini bukan London', MPKj diseru jawab perpustakan awam Bangi guna 'Library'

425503944_10233061615585019_5773764498263592156_n

Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari. — Facebook/HazamiJhari

BACA LAGI: Kugiran Masdo gemar guna lirik puitis, rujuk DBP

Setakat laporan ini ditulis, perkongsian berkenaan telah mendapat lebih 900 komen dan 3,000 tanda suka.

Pada masa sama, isu berkenaan dilihat turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari.

Menulis di ruangan komen pada satu hantaran yang berkongsikan semula mengenai perkara tersebut, Hazami memaklumkan isu tersebut sudah berada dalam perhatian pihaknya.

"Sesuatu yang mendukacitakan. Penat kita mengulangi nasihat yang sama. Pagi tadi saya datang sendiri ke situ untuk tinjauan awal," katanya pada Ahad.

Untuk rekod, setiap papan tanda atau papan iklan memerlukan pengesahan daripada DBP sebelum ia dinaikkan atau dipaparkan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan ia dipaparkan atau dinaikkan sekiranya belum mendapat kelulusan atau pengesahan daripada DBP.

Dalam pada itu, jurucakap (PPAS) ketika dihubungi Majoriti menjelaskan, satu kenyataan hanya boleh dibuat pada Isnin, sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga belum mengeluarkan sebarang respons berhubung isu tular tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram