Peruntukan RM50,000 padam kebakaran gambut di Sungai Long, Kajang


  • Primer
  • Rabu, 31 Jan 2024

Pemandangan dari udara asap yang disebabkan oleh kebakaran bawah tanah di sebuah bukit berhampiran kawasan kediaman Twin Palms.

MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) akan memperuntukkan RM50,000 untuk mengawal kebakaran tanah gambut berdekatan kawasan perumahan Twin Plams di kawasan Bandar Sungai Long, Selangor sebelum Tahun Baharu Cina.

Pihak berkuasa tempatan itu membuat keputusan tersebut semasa mesyuarat lembaga berikutan aduan daripada penduduk mengenai asap keluar dari tapak kebakaran.

Yang Dipertua MPKj, Nazli Md Taib berkata, setakat ini RM500,000 telah dibelanjakan untuk memadam api, namun disebabkan cuaca yang tidak memihak dan keadaan tanah, kebakaran berlaku semula.

"Kami membuat keputusan untuk memperuntukkan RM50,000 lagi untuk memadamkan kebakaran menjelang 10 Februari sebagai langkah jangka masa pendek," katanya, menambah yang mereka akan mencari dana untuk pelan tebatan kebakaran jangka panjang.

StarMetro sebelum ini sudah melaporkan hal berkenaan berkali-kali, dengan laporan akhir pada 30 Oktober 2023 dalam artikel "Berbau busuk di tapak pelupusan berasap".

Bahagian bukit yang terlibat merupakan tanah persendirian yang digunakan sebagai tapak pembuangan sampah secara haram sejak beberapa tahun lalu.

BACA LAGI: Imigresen tahan 5 warga asing, menyamar kutip derma pusat tahfiz di Gelang Patah

2361855

Asap yang keluar daripada tanah gambut di sekitar kawasan kediaman Twin Palms

BACA LAGI: 'Semoga dapat mendisiplin diri', usaha polis pasang kamera disokong ramai cegah budaya rasuah

Walaupun pembuangan haram telah dihentikan, sisa yang terkumpul menyebabkan kebakaran di bawah tanah.

MPKj telah dimaklumkan hal terbabit sejak 2015 dan telah berusaha memadamkan kebakaran.

Nazli berkata, tiga pemilik tanah yang terlibat diberikan surat tuntutan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan setakat ini untuk menyelesaikan isu itu.

"Lebih mudah jika pemilik tanah menyerahkan tanah kepada kerajaan supaya kita boleh memulihkan bukit itu," katanya.

Nazli juga berkata, jalan terakhir ialah dengan kerajaan mengambil alih tanah tersebut, namun ia akan mengambil masa.

Juga dilaporkan yang Pakar Pengurusan Sisa Pepejal Indrakan Thambiah Karthigesu memberi dua cadangan untuk menghentikan kebakaran.

Beliau juga mencadangkan menambus pasir ke atas permukaan dan menunggu api padam, yang akan mengambil masa bertahun, atau memasang paip untuk mengalirkan gas metana dari tapak jauh dari kediaman manusia, yang akan memberikan bantuan segera tetapi melibatkan kos tinggi.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menggangarkan kerja memasang sistem paip itu boleh menelan belanja antara RM15 juta dan RM20 juta. — The Star/VIJENTHI NAIR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram