JIKA disebut sahaja tentang kehebatan seorang adiwira, nama Mamoudou Gassama bukanlah nama yang asing dalam dunia media.
Manakan tidak, lelaki ini dahulu pernah menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia selepas tindakannya memberanikan diri memanjat sebuah bangunan demi menyelamatkan seorang bayi lelaki di Paris.
Malah, dia yang merupakan seorang pendatang dari Mali, Afrika turut diberi jolokan nama 'Spiderman' pada ketika itu.
Mengimbau kembali kejadian tersebut yang berlaku pada Mei 2018, aksi Mamoudou sempat dirakam beberapa saksi dan ditonton jutaan kali di rangkaian media sosial pada ketika itu.
Difahamkan pada ketika itu, kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan dilihat tergantung di balkoni bangunan setinggi empat tingkat.
Melalui video tersebut, Gassama berusaha memanjat satu demi satu balkoni bangunan sebelum akhirnya tiba di tingkat empat dan cuba memegang kanak-kanak itu dengan bersandar pada balkoni dari unit lain.
Sebaik tiba di tingkat empat, Gassama meletakkan sebelah kakinya di atas balkoni itu sebelum menghulurkan tangan kanan untuk mencapai kanak-kanak terbabit.
Ahli bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati anak malang itu sudah berjaya diselamatkan.
Tindakan terpuji Gassama turut mendapat pujian Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pada ketika itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram