[VIDEO] Tersembunyi dalam bekas pewangi, 4 wanita trauma jumpa kamera skodeng dalam bilik air homestay di P.Pinang


  • 112
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Gambar dikongsikan mangsa memaparkan kamera yang ditemui di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, George Town pada Selasa lalu.

POLIS Pulau Pinang kini sedang menyiasat kes penemunan kamera kecil yang tersembunyi di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, George Town, seperti yang tular di sosial media sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Selasa lalu daripada pengadu yang merupakan wanita berusia 24 tahun.

“Pengadu terjumpa satu kamera tersembunyi dalam sebuah bekas pewangi tandas di bilik air kira-kira pukul 8 malam pada 6 Februari (Selasa) dan terus mengeluarkan kamera tersembunyi berkenaan.

BACA LAGI: 'Saya buat untuk semua', pakar perlembagaan anggap tindakan Nik Elin Zurina kukuhkan lagi perundangan Islam di Malaysia

photo1707545883

Tempat kamera terbabit disembunyikan.

BACA LAGI: Mabuk, liwat dan bersetubuh dengan mayat antara 16 dari 18 peruntukan terbatal dalam Enakmen Syariah Kelantan

“Pengadu kemudiannya membuat aduan kepada pihak pengurusan inap desa berkenaan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Jelutong,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ketika kejadian, pengadu sudah mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada Isnin untuk bercuti.

Ujarnya, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada imej atau video terkandung dalam storan kamera terbabit.

Razlam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang.

Ekoran daripada kejadian tersebut, difahamkan wanita terbabit bersama rakannya tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan trauma dengan insiden yang berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram