Tiada modal beli deodoran? 'Student' U boleh guna cara jimat atasi masalah bau badan


  • Sihat
  • Khamis, 18 Jan 2024

Terdapat banyak tip untuk elak bau badan yang boleh diamalkan setiap orang. — Gambar Hiasan

BARU-BARU ini tular mengenai manifesto seorang calon mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ingin memberi deodoran percuma kepada pelajar yang memiliki masalah bau badan.

Ramai memuji kebijaksanaan gadis berbangsa Dusun itu dalam membangkitkan isu deodoran dalam kalangan pelajar di samping masalah air yang membelenggu penuntut di universiti terbabit.

Tidak dapat dinafikan, segelintir pelajar mengalami masalah kewangan yang mungkin menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli deodoran.

Malah, jadual kelas yang padat menyebabkan ramai mengeluarkan peluh lebih daripada kebiasaan sehingga menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Seseorang yang memiliki masalah bau badan sememangnya mengganggu keselesaan orang yang berada berhampiran dengannya.

Terdapat banyak tip yang boleh dilakukan pelajar untuk mengelak bau badan terutama ketika pergi ke kelas seperti:

BACA LAGI: Calon fakulti mahu beri deodoran percuma atasi bau badan pelajar dapat sokongan penuh

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat mengelak bau busuk. — Gambar Hiasan

1) Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari

Pelajar digalakkan mandi menggunakan sabun lembut berserta air suam supaya menjadi lebih segar.

Ketika mandi, seseorang perlulah fokus menjaga pada bahagia muka, tangan, kaki, ketiak dan punggung kerana bakteria tumbuh dengan cepat pada bahagian ini.

2) Pakai pakaian yang bersih

Pelajar perlulah memastikan pakaian yang dipakai bersih termasuklah sarung kaki dan seluar dalam setiap hari.

Seseorang digalakkan memilih pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana material ini menyerap peluh dengan lebih efektif.

Memakai pakaian yang bersih boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan menyenangkan orang sekeliling.

iStock-186218209-5a2575f2845b340036385c71

Rambut perlulah dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu. — Gambar Hiasan

3) Mencuci rambut

Kekerapan mencuci rambut yang disarankan adalah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Namun, jika seseorang kerap berpeluh atau terdedah kepada persekitaran yang berhabuk atau kotor, cucian lebih kerap adalah digalakkan.

Selain itu, dalam memelihara kebersihan dan kesihatan rambut, elakkan dari berkongsi sikat dengan individu lain. Berkongsi sikat boleh menyebabkan tersebarnya masalah kulit kepala seperti kutu dan kelemumur.

Wanita bertudung juga perlulah sentiasa menjaga kebersihan rambut seperti menggunakan syampu ang bersesuaian dan mengeringkan rambut sebelum memakai tudung.

4) Kerap tukar cadar katil

Menurut pakar, cadar tilam harus ditukar setiap seminggu atau dua minggu sekali bagi mengelakkannya menjadi 'rumah' kepada kuman dan bakteria.

Ditambah pula, banyak kotoran yang melekat pada cadar seperti kotoran bawaan sisa makanan, sel kulit mati, peluh, bulu, daki dan bahan kimia lain yang menjadi sebab seseorang perlu menukar cadar katil di kamar tidur dengan lebih kerap.

Cadar perlulah dibasuh dan diganti baharu sebelum berbau atau berwarna aneh.

Cadar yang kotor boleh membawa kesan jangka masa panjang seperti mendapat penyakit sama ada pada kulit atau kawasan tubuh badan lain akibat bawaan jutaan mikrob yang ada di katil.

5) Penjagaan kebersihan wanita

Penjagaan kebersihan wanita perlulah dititikberatkan terutama ketika datang haid.

Pelajar perempuan perlulah memastikan kerap menukar pad atau tampon ketika berada dalam keadaan haid.

Menukar pad atau tampon perlu dilakukan antara 4-6 jam sekali untuk mengelakkan jangkitan.

Pad yang telah digunakan juga perlulah diurus dengan baik dan tidak dibuang pada tempat yang tidak sepatutnya seperti lubang tandas atau tempat awam.

Pad perlulah dibuang ke dalam tong sanitari yang telah disediakan di tandas-tandas awam jika anda tidak berada di rumah.

641be43c72bbb

Seseorang perlulah sentiasa menjaga kebersihan mulut. — Gambar Hiasan

6) Kebersihan mulut

Segelintir pelajar malas untuk memberus gigi pada malam hari sehingga menyebabkan nafas berbau.

Sebenarnya, sumber bau badan bukanlah daripada ketiak sahaja tetapi kepala, mulut sehingga ke kaki yang boleh menjadi penyebab.

Oleh itu, memberus gigi setiap hari merupakan perkara penting yang perlu dijadikan rutin remaja bagi menjaga penampilan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram