Sistem perparitan di Johor bakal dibaik pulih


  • Massa
  • Rabu, 10 Jan 2024

Zulkurnain (tiga dari kiri) membincangkan isu pengurusan banjir semasa mesyuarat jawatankuasa pada Julai 2023.

KERAJAAN Johor mengharapkan supaya bajet RM12 juta yang diperuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada ketua kampung dalam Bajet 2024 akan disalurkan segera supaya mereka dapat bersedia untuk musim monsun akan datang.

Ahli Jawatankuasa Iklim dan Cuaca Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, terdapat lebih 400 kilometer (km) sistem perparitan di Batu Pahat yang memerlukan penyelenggaraan berterusan.

"Kalau kita guna semua dana yang telah diberikan kepada agensi lain yang terlibat dalam pembersihan, ia hanya mampu menampung sebanyak 40 peratus (%) daripada 400km tersebut.

"Peruntukan bajet RM12 juta untuk 600 ketua kampung di Johor dapat membantu untuk membersihkan baki 60%," katanya ketika dihubungi.

Zulkurnain yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Medan berkata, isu utama di Batu Pahat ialah air banjir yang bertakung, yang mengambil masa berminggu-minggu untuk surut.

"Kawasan di situ agak rendah, jadi air mengambil masa yang agak lama untuk mengalir semula ke sungai dan laut.

"Bila air pasang bertembung dengan hujan lebat, banjir akan berlaku.

Beliau berkata, penyelesaian utama ialah projek tebatan banjir di Sungai Simpang Kiri yang dijangka akan bermula pada Julai.

"Adalah bagus jika projek ini dapat dimulakan lebih awal untuk mengurangkan risiko banjir pada musim monsun akan datang, kerana projek tersebut akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan." katanya.

Antara lokasi yang terkesan dengan air banjir bertakung ialah Kampung Parit Jayus, Kampung Parit Simen, Kampung Parit Bagas, Kampung Parit Haji Ahmad dan Kampung Sri Dayung.

BACA LAGI: [VIDEO] Air naik cecah tingkat 1, SK Bandar Kota Tinggi ditutup akibat banjir

An aerial view shows flooded houses in Yong Peng, Malaysia's Johor state, on March 4, 2023. - At least four people have died and nearly 41,000 evacuated in Malaysia after floodwaters caused by

Keadaan banjir yang melanda Yong Peng, Johor pada 4 Mac 2023. — The Star

Sementara itu, Adun Penawar, Fauziah Misri berkata, enam keluarga daripada Kampung Baru Sungai Mas di Kota Tinggi akan dipindahkan ke kawasan tinggi pada tahun ini.

"Kami masih dalam per bincang untuk memutuskan lokasi yang sesuai untuk membina rumah baharu untuk mereka.

"Kampung mereka berada di kawasan paling rendah di Kota Tinggi, sebab itu apabila hujan lebih daripada tiga jam, banjir akan berlaku," kata beliau.

Kawasan panas lain di kawasan Fauziah ialah Taman Desaru Utama dan Jalan Balau, yang telah dibersihkan dan sekarang dalam pemerhatian Majlis Perbandaran Pengerang dan Jabatan Saliran dan Pengairan.

"Kami juga bekerja rapat dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi untuk memastikan operasi pembersihan diperkemas dan dilakukan dengan kerap terutamanya pada musim monsun," tambahan beliau. — The Star/REMAR NORDIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram