[VIDEO] Rider tular rosakkan motosikal sendiri di Puchong rupanya tak bayar tunggakan hampir 3 tahun


  • 112
  • Ahad, 17 Sep 2023

Tangkap layar video tular itu memaparkan tindakan seorang rider penghantar makanan menendang motosikal di tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Puchong.

TAK puas hati motosikal ditarik balik akibat tunggakan bulanan jadi punca seorang penghantar makanan p-hailing bertindak merosakkan sebuah motosikal di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata kejadian pukul 3.10 petang pada 11 September lalu disebabkan pemilik motosikal tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal disebabkan mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.

BACA LAGI : [VIDEO] Taktik nak motor baharu?, rider p-hailing mengamuk tendang motor sampai pecah di Puchong

"Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Majoriti melaporkan menerusi klip berdurasi lapan saat berkenaan, lelaki terbabit yang memakai uniform t-shirt sebuah syarikat p-hailing itu menendang berulang kali sebuah motosikal yang sudah dalam keadaan terjatuh terjatuh.

Tindakan itu juga menyebabkan motosikal berkenaan dilihat turut mengalami kerosakan dan pecah di beberapa bahagian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram