ADALAH menjadi impian insan untuk memiliki rumah tersendiri. Namun, ramai yang tidak menyedari membeli kediaman atau hartanah sendiri bukanlah perkara yang mudah dan perlu melalui beberapa prosedur yang perlu kita lepasi.
Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil menyebabkan proses itu menjadi lebih rumit terutamanya apabila melibatkan sektor perbankan.
Ini kerana setiap bank mempunyai pendekatan yang berbeza dalam pemprosesan permohonan pinjaman.
Walaupun anda menerima anggaran gaji yang bulanan yang tinggi, tidak semestinya kelulusan permohonan pinjaman anda akan diluluskan.
Menerima pendapatan gaji yang tinggi bukanlah satu jaminan kerana banyak lagi aspek tertentu yang akan dinilai oleh pihak bank.
Sehubungan itu, Majoriti menyenaraikan empat sebab permohonan pinjaman perumahan anda tidak diluluskan:
1. Kekuatan kewangan
Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan pada setiap bulan. — Gambar Hiasan
BACA LAGI: Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus bantu rakyat miliki rumah pertama
Menurut Real Sarawak Properties, bank akan menilai terlebih dahulu sama ada anda mempunyai pendapatan kewangan yang kukuh.
Ini kerana pihak bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan pada setiap bulan.
Pada kebanyakan masa, pemohon tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik hutang.
Justeru itu, pastikan anda mempunyai simpanan yang cukup dan baki bulanan kewangan anda juga seharusnya berada pada paras yang baik setiap bulan.
BACA LAGI: Jom nikmati pelbagai insentif sempena pameran hartanah edisi Bumiputera di Putrajaya
2.Rekod prestasi kredit yang kurang memuaskan (CCRIS)
Bank komersial akan merujuk kepada rekod CCRIS pemohon untuk mengenal pasti sama ada rekod pembayaran peminjam adalah baik ataupun tidak. — Bank Negara
Sebelum membeli rumah, adalah amat penting bagi anda menyemak terlebih dahulu rekod pembayaran pinjaman anda.
Pastikan anda tidak mempunyai hutang atau pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman bercagar dan lain lain dalam masa tertentu.
Hal ini kerana, menurut iMoney Malaysia, sekiranya anda tidak membayar pinjaman tersebut, maka rekod anda akan ditanda merah untuk pemerhatian khusus oleh Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara.
Bank komersial akan merujuk kepada rekod tersebut untuk mengenal pasti sama ada rekod pembayaran peminjam adalah baik ataupun tidak.
Sekiranya anda mempunyai rekod yang buruk, maka peluang permohonan pinjaman anda untuk ditolak adalah sangat tinggi.
3. Lokasi
Pastikan anda membuat kajian tentang projek kediaman atau perumahan yang ingin anda beli tidak di senarai hitam. — Gambar Hiasan
Sudah menjadi lumrah, setiap orang pasti mahu membeli rumah idaman yang berhampiran dengan tempat kerja mereka.
Namun, bagi sesetengah individu, ia agak mustahil untuk dilaksanakan ekoran daripada beberapa faktor antaranya ialah pemaju yang disenarai hitam, kawasan berisiko bencana dan lain-lain.
Pada masa sama, menurut Azmi Real Estate Agency, bank juga tidak menerima permohonan pinjaman hartanah yang berada di kawasan pedalaman atau tempat terpencil.
4. Pekerjaan
Pihak bank akan melihat kestabilan tempat pemohon bekerja dan pastikan anda juga tidak menukar pekerjaan dengan kerap. — Gambar Hiasan
Adalah penting untuk anda atau pemohon mempunyai pekerjaan yang tetap dalam masa tempoh tertentu.
Ini kerana, bank memerlukan slip gaji dari tiga hingga enam bulan yang terkini sebagai dokumen sokongan untuk permohonan pinjaman perumahan.
Selain daripada itu, pihak bank juga akan melihat kestabilan tempat pemohon bekerja dan pastikan anda juga tidak menukar pekerjaan dengan kerap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram