[VIDEO] Pemilik restoran kantoi sorok kamera dalam tandas wanita di KL rupanya kes lama


  • Tular
  • Jumaat, 22 Sep 2023

Tangkap layar sejenis kamera tersembunyi ditemui di tandas sebuah restoran dekat Kuala Lumpur.

KECOH sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur apabila sejenis peranti kamera tersembunyi didakwa sengaja diletakkan di tandas wanita.

Menyedari hal tersebut, seorang individu membongkar niat jahat pemilik restoran terbabit selepas kamera tersebut ditemui dilekatkan pada penyangkut baju belakang pintu tandas berkenaan.

Bersaiz mini dan sukar diketahui, kedudukan kamera itu yang sengaja diletakkan di tandas wanita dipercayai mempunyai tujuan tidak bermoral.

Walau bagaimanapun, warganet di ruangan komen mendedahkan bahawa kejadian tersebut merupakan video lama dan kembali tular sejak Khamis.

Meskipun begitu, ia masih menerima kecaman ramai dengan rata-ratanya menggesa agar insiden itu tidak berulang dan dijadikan pengajaran.

"Walaupun video lama, tapi tak nafikan sampai ke hari ini banyak kedai dan restoran yang buat perkara sama, kamera tersembunyi di tandas dan bilik persalinan wanita," kata Azri Hairuddin.

"Paling bahaya kalau ada isu kamera tersembunyi, kaum wanita kena berhati-hati periksa keadaan sekeliling," ujar Nurul Najwa.

"Memang tak akan pernah guna tandas awam melainkan ada kecemasan, zaman sekarang teknologi semakin maju jadi kita tak tahu apa niat buruk orang," jelas Fateneffa900.

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tular tersebut dengan masyarakat khususnya kaum wanita, dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika menggunakan tandas awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram