Lelaki 'skodeng' isteri orang dalam tandas stesen minyak dekat Johor didenda RM5,000


  • 112
  • Selasa, 15 Ogos 2023

Tangkap layar video CCTV di stesen minyak berkenaan yang memaparkan insiden terbabit.

SEORANG lelaki berusia 19 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana merakam seorang wanita yang berada di dalam sebuah tandas stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 8.30 pagi Sabtu lalu.

“Mangsa berusia 32 tahun membuat laporan polis mendakwa suspek merakamnya semasa dia pergi ke tandas. Kami menahan suspek di tempat kejadian dan merampas telefon bimbitnya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Sohaimi berkata, di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, lelaki terbabit boleh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut.

Majoriti pada Ahad lalu melaporkan mengenai video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan suspek mengekori mangsa ke dalam tandas wanita.

Menurut perkongsian dibuat mangsa, ketika kejadian, dia dan suaminya sedang singgah sebentar di stesen minyak tersebut untuk pergi ke tandas.

Dalam pada itu, Mohd Sohaimi menggesa orang ramai supaya mengelak daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan norma sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram