[VIDEO] Owner kereta seakan tak percaya, lelaki 'ting tong' selamba buang hajat sambil berdiri belakang Ativa


  • Tular
  • Ahad, 04 Feb 2024

Tangkap layar video tular sejak Ahad memaparkan perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.

TULAR satu video memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki yang dipercayai membuang air besar di tempat terbuka di tepi sebuah lorong kedai pada Ahad.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi.

Berdasarkan klip berkenaan, lelaki tersebut yang berjalan dipercayai berada dalam keadaan mabuk dilihat tanpa segan silu membuka seluar sebelum membuang air besar di belakang kereta jenis Perodua Ativa.

"Buat macam tandas awam. Berak di depan kereta saya," tulis Wei Yang yang memuat naik video tersebut di Group Facebook Dashcam Owners Malaysia pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Satu pesawat kena 'sidai' angkara penumpang tak ada sivik berak atas lantai tandas kapal terbang

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan 'first time', restoran mamak Melaka kantoi pekerja kencing tepi longkang diarah tutup kali ketiga

Di akhir video berkenaan, perbuatan lelaki berkenaan ditegur oleh individu dipercayai pemilik kenderaan terbabit yang bengang dengan kejadian tersebut.

Susulan daripada itu, dia dilihat segera kembali memakai seluarnya dan beredar dari tempat kejadian.

Dalam pada itu, menerusi video berasingan, Wei Yang turut berkongsikan rakaman memaparkan keadaan lelaki berkenaan yang terbaring di laluan pejalan kaki di hadapan sebuah kedai.

Sebuah botol kaca dipercayai berisi minuman keras turut dilihat berada berdekatan lelaki tersebut.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu, selain pemilik kedua-dua kenderaan itu juga difahamkan belum membuat laporan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram