[VIDEO] Busking didakwa punca trafik sesak, ada cadang KL jadi 'car free city'


  • Massa
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Orang awam mendakwa kesesakan jalan raya di kawasan Bukit Bintang pada waktu malam berpunca daripada sikap pengunjung yang menyaksikan aktiviti busking di kawasan itu. — Twitter

ORANG awam menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengharamkan pemuzik jalanan yang aktif menjalankan aktiviti tersebut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Hal ini kerana kehadiran pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan busking oleh artis jalanan pada waktu malam itu telah mengganggu aliran trafik di kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Perkara itu diluahkan oleh pengguna media sosial di laman media sosial X (Twitter), MalaysiaViral pada Jumaat.

Menurut pentadbir laman media sosial itu, kehadiran pengunjung yang sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan menyebabkan kesesakan trafik di kawasan tersebut bertambah teruk.

"DBKL patut haramkan busking (persembahan muzik jalanan) di tempat awam.

"Sudahla Bukit Bintang ini sesak, makin sesak selepas ada yang sesuka hati 'parking' motosikal di tepi jalan," ciapnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Famili sedih, pemuda masuk ICU lepas bergelut dengan polis narkotik Langkawi ketika isi minyak akhirnya meninggal dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Individu itu turut mempertikaikan operasi standard (SOP) yang diguna pakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemuzik jalanan tersebut.

"Tak faham macam mana SOP DBKL boleh benarkan orang busking di kawasan yang tengah sesak.

"Rasanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh buka kertas siasatan dekat anggota DBKL yang 'menjaga' kawasan ini.

"Mana tahu ada unsur lain, mustahil kawasan bawah penyeliaan DBKL tidak sedar keadaan ini," dakwanya lagi.

Pada masa sama, dia turut mencadangkan pihat PBT dan Kementerian Wilayah agar menyediakan tapak khusus untuk pemuzik jalanan tersebut bagi mengelakkan masalah kesesakan di kawasan berkenaan terus berlarutan.

PUTRAJAYA, 6 Jan -- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyampaikan amanat kepada warga kerja kementeriannya pada majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kesihatan hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dr Zaliha Mustafa

Menjengah ke ruangan komen, sementara itu seorang warga maya, Syifa pula mencadangkan agar ibu kota Kuala Lumpur itu dijadikan bandar bebas kenderaan (car free city) untuk mengurangkan isu kesesakan lalu lintas.

"Bila Kuala Lumpur nak buat car free city. Tempat pejalan kaki yang mudah, kemudahan pengangkutan yang mudah supaya kesesakan trafik dapat dielakkan.

"Ini asyik-asyik buat bangunan tinggi sahaja," ciapnya.

Cadangan dan ciapan itu mendapat respons yang pantas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pada hari yang sama.

"InsyaALLAH, inisiatif car free city ini dalam usaha pelaksanaan. Projek rintis akan segera menyusul,"ciapnya.

Ciapan ahli Parlimen bagi Sekijang, Johor telah mendapat 30 tanda suka dan diulang kicau sebanyak tujuh kali.

Untuk makluman, isu busking ini bukanlah perkara yang baharu diketengahkan pada muktahir ini. Kebanyakan daripada mereka tiada tempat khusus untuk menjalankan aktiviti tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram