Jumaat yang 'hitam' terhadap undang-undang syariah Islam — Takiyuddin Hassan


  • Primer
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Takiyuddin mendakwa keputusan itu akan mengundang bahaya bagi undang-undang syariah di negeri lain.

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai 'Black Friday' atau 'Jumaat yang hitam'.

Beliau mendakwa, keputusan itu akan mengundang bahaya bagi undang-undang syariah di negeri lain.

“Ini ‘Black Friday’. Jumaat yang 'hitam' kepada undang-undang syariah Islam. Bila satu undang-undang jenayah syariah sesuatu negeri dibatalkan, bermakna undang-undang ini di negeri lain dalam keadaan amat bahaya dan kritikal," katanya.

BACA LAGI : Mabuk, liwat dan bersetubuh dengan mayat antara 16 dari 18 peruntukan terbatal dalam Enakmen Syariah Kelantan

2536474

Nik Elin (tengah) membuat petisyen bagi mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Syariah Kelantan. — Malaysia Tribune

BACA LAGI : Kerajaan tiada kuasa pengaruhi keputusan pengampunan, Agong ada kuasa budi bicara mutlak — Pakar Perlembagaan

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Selamatkan Syariah, Mohd Zai Mustafa yang menganjurkan perhimpunan itu pada Jumaat berkata, umat Islam mesti bersatu dalam isu ini tanpa mengira fahaman politik.

"Bermula dari saat ini, kami akan menggerakkan jerayawara kami di seluruh negara. Ini bukan lagi perkara yang harus dipecahkan oleh fahaman politik.

“Kami juga akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak umat Islam menyatakan kebimbangan dan keresahan kami.

“Ahli Parlimen juga mesti bersatu padu tanpa mengira barisan parti dalam mewujudkan pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, orang ramai mula bersurai dari Mahkamah Persekutuan kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat selepas keputusan itu diketahui.

Kumpulan itu bersurai dengan aman tanpa sebarang insiden. — TheStar/ JUSTIN ZACK dan JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram