Dapur kafe hipster di Semenyih kotor, owner claim bekas cef 'neraka' dengki sabotaj perniagaan


  • Tular
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Beberapa gambar keadaan dapur yang kotor di sebuah kafe di Semenyih baru-baru ini. — Facebook

SEBUAH premis makanan terkenal di Semenyih, Selangor didakwa beroperasi dengan menggunakan peralatan masakan yang kotor.

Ia susulan satu hantaran dimuat naik seorang pengguna Facebook tanpa mendedahkan identitinya berhubung dakwaan itu.

Dalam hantaran tersebut, pengguna itu mendakwa bahawa pemilik sudah dimaklumkan sudah ditawarkan bantuan untuk memperbaiki dan beroperasi mengikut Standard Operating Procedure (SOP) tetapi tidak diendahkan.

BACA LAGI : Bukan 'first time', restoran mamak Melaka kantoi pekerja kencing tepi longkang diarah tutup kali ketiga

msg1050426791-24607

Hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook berkenaan. — Facebook

BACA LAGI : Lima kes paling jijik berlaku di kedai makan hingga diarah ditutup

Dia turut mendakwa, salah seorang pekerja terpaksa berhenti kerana tidak sanggup menghidangkan makanan rosak dan kotor kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa gambar memaparkan keadaan dapur dan perkakas masakan seperti sudu, periuk yang sudah berkulat dan makanan sejuk beku tidak disimpan dengan selamat.

Namun, terdapat juga maklum balas isu itu dipercayai dibuat oleh pemilik kedai atau dikenali sebagai kafe hispter berkenaan.

Dalam satu hantaran berbeza, individu itu mengesahkan bahawa kafe tersebut adalah miliknya tetapi menafikan dakwaan berhubung gambar tular itu.

Jelasnya, perbuatan itu dilakukan oleh salah seorang cef yang pernah bekerja di kafenya sebelum ini.

"Adalah tidak logik selama cef neraka tersebut bekerja di kedai itu telah buat kerja pembersihan dapur setelah diarahkan oleh pemilik kedai, membiarkan barang seperti di dalam gambar berkulat dan dapur bersepah.

"Dia dengan sengaja mengambil gambar serta menularkan pada umum dengan niat menjatuhkan perniagaan orang lain," dakwanya.

Pada masa sama, pemilik tersebut turut memuat naik gambar laporan polis yang yang dibuatnya selepas menyedari tentang perkara itu.

Dia juga dilihat memberi amaran tegas kepada individu terbabit dan menggesa agar tampil untuk membuat permohonan maaf dengan segera.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram