Isteri Tun Daim dijangka didakwa pagi Selasa


Naimah (tengah) yang dijangka didakwa pada Selasa ini. — The Star

ISTERI ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin, Datin Toh Puan Naimah Khalid dilaporkan dijangka didakwa pada Selasa ini.

Dia dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada waktu pagi atas beberapa pertuduhan.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa, perkara tersebut disahkan oleh sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA LAGI : Tun Daim, keluarga cabar SPRM di mahkamah

Pada masa sama, semakan ke atas sistem e-Filing mahkamah juga menunjukkan namanya termasuk dalam senarai kes yang akan dihadapkan di hadapan Hakim Azura Alwi pukul 9 pagi Selasa.

Bagaimanapun, pertuduhan tersebut masih tidak dapat dimaklumkan lagi.

Pada 10 Januari, pegawai SPRM dilaporkan telah memanggil Naimah serta dua anak lelakinya untuk merekodkan keterangan susulan dakwaan suaminya terlibat dalam jenayah rasuah.

Bukan itu sahaja, SPRM turut menyita Menara Ilham milik keluarga berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan.

SPRM sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan yang dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan itu adalah berdasarkan undang-undang dan maklumat sedia ada daripada Kertas Pandora.

SPRM menjelaskan bahawa notis telah dihantar kepada Daim pada 7 Jun di bawah Seksyen 36 (1) (a) Akta SPRM 2009.

Berikutan kes tersebut, Daim mengecam tindakan tersebut dan mendakwa bahawa terdapat permainan kotor yang dilakukan oleh ahli politik untuk menjatuhkannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram