SEEKOR lagi buaya dengan saiz yang agak luar biasa ditemui di kawasan Pantai Timur Sabah, dekat Lahad Datu pada Khamis.
Reptilia itu ditemui di belakang rumah penduduk di Kampung Remang, dan kemudian ditembak mati oleh renjer Jabatan Hidupan Liar.
Kehadiran besar itu merupakan yang kedua dijumpai dalam tempoh empat hari di kawasan tersebut dengan yang pertama berlaku di perkampungan air Kampung Desa Bajau pada Isnin lalu.
Reptilia yang dijumpai pada Khamis itu yang berukuran kira-kira 4.8 meter (m) panjang dan 1m lebar, adalah lebih besar sedikit daripada yang ditemui sebelumnya yang mempunyai panjang 4.5m dari muncung ke ekor.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan berat buaya kedua dijumpai itu dengan berat buaya pertama yang ditankap pada Isnin adalah mencecah kira-kira 1.2 metrik tan.
“Buaya ini hampir sama saiznya dengan seekor di Kampung Desa Bajau,” kata pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin pada Jumaat.
Ujar beliau, pihaknya bergegas ke kampung tersebut selepas dimaklumkan penduduk kampung mengenai kehadiran reptilia tersebut.
“Apabila sampai di tempat itu, kami menemui buaya itu di belakang rumah seorang penduduk kampung.
“Lapan das tembakan dilepaskan ke arahnya pada jam 10.37 malam,” katanya sambil menambah semua tembakan mengenai reptilia itu.
Bangkai buaya itu kemudiannya dibawa ke premis jabatan untuk dilupuskan.
Pada Isnin, pihak berkuasa turut membunuh seekor buaya yang ditemui di bawah rumah di Kampung Desa Bajau.
Ia selepas reptilia tersebut dilaporkan hampir menyerang seorang kanak-kanak.
Haiwan tersebut pada pada mulanya dikawal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam yang terpaksa memanggil renjer kerana buaya tersebut mula menjadi terlalu agresif.
Ia kemudiannya terbunuh selepas ditembak oleh renjer sebanyak tujuh kali. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram