TINDAKAN seorang pelajar perempuan yang tidak berfikir panjang bergayut di sebuah tiang gol futsal membawa padah apabila dia maut akibat ditimpa besi gawang terbabit.
Insiden maut yang berlaku di sebuah universiti dekat Bang Sao Thong, Samut Prakan, Thailand pada Ahad lepas itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Berdasarkan klip berkenaan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Wannawipa, 28, dilihat sedang bermain bola tampar bersama beberapa pelajar lain di gelanggang pusat pendidikan tinggi berkenaan.
Namun, ketika sedang berehat sementara, pelajar perempuan yang memakai jersi berwarna merah terbabit didapati berlari arah tiang gol futsal yang berada tidak jauh dari tempatnya untuk bergayut.
BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'
BACA LAGI: Warga asing lunyai dipukul, dihentak 3 lelaki di Ipoh, Perak
Tindakannya itu bagaimanapun memakan diri apabila palang besi tiang tersebut kemudiannya terjatuh sebelum menimpa lehernya yang terbaring dalam keadaan terlentang.
Ekoran daripada itu, beberapa pelajar lain dilihat segera tampil cuba untuk memberian bantuan dengan mengangkat kembali gawang besi terbabit yang dipercaya mempunyai ketinggian dua meter (m).
Wannawipa turut dibawa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia oleh doktor kerana kecederaan parah di leher.
Susulan daripada itu, pihak polis dilaporkan mash sedang menyiasat rakaman kejadian termasuk memanggil rakan mangsa untuk membantu siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram