Lelaki maut dihempap kren di Kuchai Entrepeneurs


  • 112
  • Khamis, 30 Dis 2021

SIASATAN awal polis dapati tiang besi itu telah diturunkan ke tanah namun tidak stabil lalu menghempap mangsa.

SEORANG lelaki warga asing maut akibat dihempap sebatang tiang besi sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis, Amihizam Abdul Shukor berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 11:00 pagi, mangsa berusia 42 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati tiang besi berkenaan telah diturunkan ke tanah namun tidak stabil lalu menghempap mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram