Petani rugi ribuan ringgit tanaman nanas musnah akibat banjir di Pontian


  • Massa
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Ladang nanas di Benut, Pontian milik Khalit ketika ditenggelami air yang menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM200,000 bagi tempoh tiga tahun ketika banjir melanda kawasan berkenaan.

CUACA hujan yang berterusan telah menyebabkan seorang petani nanas di Kampung Parit Abas, Benut, Pontian, Johor mengalami kerugian lebih RM60,000.

Mohd Firdaus Safari berkata, ladangnya ditenggelami air buat kali kedua sejak banjir besar yang melanda Pontian pada 2020.

"Selepas hujan lebat berterusan pada 5 dan 6 Disember, paras air naik sehingga paras lutut.

"Pada hari ketiga, saya agak terkejut melihat lebih daripada separuh ladang saya seluas 3.6 hektar ditenggelami air.

"Masalah utama dengan tanah gambut ialah kesemua tanaman akan mati jika tanah terdedah kepada terlalu banyak air," katanya, sambil menambah, dia mengalami kerugian selepas kehilangan 30,000 pokok nanas pada hari itu.

Dia membuat laporan mengenai hal itu dan mengemukakan rayuan pampasan kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

"Tumbuhan itu tidak boleh diganti dengan mudah.

"Susah tengok apabila hasil yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil musnah sekelip mata"

"Saya berharap kerajaan dan LPNM dapat memberikan sedikit bantuan kepada petani nanas seperti saya," katanya, menambah terdapat lima lagi petani nanas di Kampung Parit Abas terkesan dengan banjir.

Mohd Firdaus berkata, isu lain yang melibatkan penanaman di tanah gambut ialah parit yang digali di ladang untuk memperbaiki sistem pengairan cenderung untuk banjir dalam tempoh setahun.

"Struktur tanah agak longgar, jadi, semasa cuaca hujan, parit tersebut akan penuh dengan mendapan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi petani nanas daripada Pontian, Khalit Kasmoin, 65, berkongsi bahawa dia mengalami kerugian sebanyak RM200,000 pada musim tengkujuh 2019, 2020 dan 2021.

Consumers can expect to pay slightly more for pineapples starting July as farmers have been seeing a gradual drop in harvests in the past two years. — THOMAS YONG/The Star

Nanas adalah tanaman yang tidak boleh diganti dengan mudah.Gambar hiasan

BACA LAGI: Jumlah kutipan sampah di KL menurun tapi paling banyak malam tahun baharu

"Tapi tahun ini saya agak beruntung kerana LPNM telah membina pintu air di parit yang dapat menghalang lebihan air daripada melimpah ke ladang.

Dia berkata, tiada apa yang dapat dilakukan untuk tanaman nanas pada tahun-tahun sebelumnya kerana air banjir meliputi ladangnya kira-kira 14 hari sebelum surut.

"Banjir selalunya berlaku di Alur Bukit, Pekan Nenas, selepas sejumlah besar air mengalir turun daripada Gunung Pulai dan memenuhi paras air di sekitar sungai.

"Jabatan Saliran dan Pengairan juga telah mendalamkan beberapa parit dan sungai di sekitar Alur Bukit untuk memastikan kesemua ladang nanas di Pontian dilindungi," katanya. — The Star/ Remar Nordin

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram