Betul ke AKPK lantik ejen bantu orang ramai struktur semula 'loan'?


  • Primer
  • Selasa, 02 Jan 2024

AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan untuk membantu individu tertentu menghadapi situasi kewangan mereka.

SEJAK kebelakangan ini, nampaknya semakin ramai scammers memilih untuk menyamar sebagai kakitangan agensi kerajaan atau ejen agensi terbabit untuk mencari mangsa baharu.

Baru-baru ini, tular sebuah tuntutan apabila ada scammer yang menyamar sebagai kakitangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan niat kononnya mahu membantu orang awam dalam penstrukturan semula pinjaman.

Bahkan, mereka turut menawarkan perkhidmatan dengan bayaran 10 peratus daripada keseluruhan pinjaman.

Adakah ini benar?

2467891 (1)

Keputusan: SALAH

Ini adalah palsu dan AKPK mengeluarkan peringatan di laman Facebook rasminya dengan memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap orang yang menyamar sebagai ejen mereka.

"Pihak AKPK tidak mempunyai ejen dan tidak mengenakan sebarang caj (untuk penstrukturan pinjaman)," katanya di laman Facebook mereka.

405860092_658185113168254_3423301854766447792_n

Tambahan lagi, agensi tersebut tidak pernah melantik sebarang ejen mahupun pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AKPK, Scammers, Pinjaman, Hutang, Ejen, Agensi,