PM Anwar jangka status pengampunan Najib diumum hari ini


  • Primer
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas makan tengah hari di Gerai Makan Pertama Complex, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

KEPUTUSAN berhubung status permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dijangka diumumkan pada Jumaat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya rasa begitu," katanya seperti dilaporkan The Star ketika ditanya pemberita sama ada pengumuman itu akan dibuat pada hari ini (Jumaat).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Anwar mengesahkan Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan itu kerana ia akan bakal dilakukan sendiri oleh pihak Lembaga Pengampunan.

“(Itu) urusan Lembaga Pengampunan, tunggu... sudah ada kepastian (keputusannya).

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya ringkas seperti dilaporkan sebuah portal tempatan.

BACA LAGI: Pengampunan Najib minggu ini: Insya-ALLAH, tunggu — Dr Zaliha

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

BACA LAGI: Andai benar dapat pengampunan, 5 perkara yang boleh dilakukan Najib Razak

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas makan tengah hari di Gerai Makan Pertama Complex, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Untuk rekod, Najib kini menjalani hukuman 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta yang telah disedut daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MBD.

Bekas Perdana Menteri itu juga kini sedang berdepan perbicaraan berkaitan kes salah guna kuasa melibatkan dana kewangan mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai memiliki kaitan dengan 1MDB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram