Selain Najib, ada lagi 4 ahli politik pernah dapat pengampunan diraja


  • Massa
  • Ahad, 04 Feb 2024

LEMBAGA Pengampunan memaklumkan bahawa denda yang dikenakan terhadapnya turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SELEPAS lebih seminggu berteka teki, keputusan mengenai status permohonan pengampunan diraja oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya diketahui pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Pengampunan memaklumkan bekas Perdana Menteri itu akan menerima pengurangan hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 tahun yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Keputusan itu menyaksikan bekas Presiden Umno itu dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Dalam pada itu, Lembaga Pengampunan memaklumkan bahawa denda yang dikenakan terhadapnya turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Untuk rekod, ini bukan pengampunan diraja pertama yang diberikan terhadap mana-mana ahli politik.

Meskipun ia boleh dikatakan agak jarang, namun sejak merdeka, terdapat beberapa ahli politik yang mendapat pengampunan tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan empat ahli politik yang pernah mendapat pengampunan diraja:

1. Lim Kit Siang

Book launch of Harold's book entitled ''May 9th 2018: The Day Malaysians Finally Opened Their Eyes And Saved The Nation', launched by Lim Kit Siang.-Art Chen/ The Star. 28 Jan 2019.Rep: ERLE MARTIN

Veteran DAP, Lim Kit Siang.

Tan Sri Lim Kit Siang buat pertama kalinya dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1969.

Dalam pilihan raya tersebut, beliau yang pernah menyandang jawatan selaku Setiausaha Agung DAP itu dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka.

Bagaimanapun, kemenangan berkenaan dilapor terpalit dengan kontroversi selepas beliau diarahkan untuk mengosongkan kerusi itu selepas dipercayai melakukan kesalahan pilihan raya.

Bagaimanapun, Kit Siang kemudiannya dibenarkan untuk kekal menyandang kerusi terbabit selepas mendapat pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong.

2. Harun Idris

Harun_Idris (1)

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

BACA LAGI: [VIDEO] Najib bebas 2028, hukuman penjara, denda dikurangkan lebih 70 peratus — Lembaga Pengampunan

Pada 1977, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan rasuah dan penipuan.

Ia selepas mahkamah ketika itu mendapati beliau bersalah menerima rasuah berjumlah RM250,000 daripada Perbadanan Hongkong dan Shanghai Bank.

Pada masa sama, kesalahan lain direkodkan dalam kes tersebut termasuk tindakan memalsukan dokumen berkaitan Jawatankuasa Pelaburan Bank Rakyat bagi membiayai pertandingan tinju dunia antara Muhammad Ali dengan Joe Bugner di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas tiga tahun setengah dipenjara di Penjara Pudu, Kuala Lumpur, beliau yang juga bekas Ketua Pemuda Umno itu dibebaskan pada 1981 selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agung memutuskan untuk mengurangkan hukumannya.

Dilaporkan, permohonan bagi pengampunan kepada Lembaga Pengampunan itu itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk rekod, Idris pernah meengemukakan rayuan permohonan pengampunan pada 1978, namun ia ditolak Yang Dipertuan Agong yang pada waktu itu mempengerusikan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

3. Mokhtar Hashim

Scanned Pix : StaricDate : 17.04.1991Dato Mokhtar Hashim and wife Datin Bahariah Yusof.Notes: EDM - CHRONICLE OF MALAYSIA

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim.

Pada 6 Mac 1983, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 14 April 1982.

Kes pembunuhan yang mencetuskan kegemparan di dalam negara itu dipercayai berlaku kerana persaingan politik.

Bagaimanapun, hukuman kepada Mokhtar kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup sebelum beliau dibebaskan pada Julai 1991 selepas mendapat pengampunan diraja.

4. Anwar Ibrahim

file7060hgwu1g11nv2z3tn

Anwar pada hari selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei 2018.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengampunan Najib: Kalau tak puas hati, boleh rayu Agong — PM Anwar

Pada tanggal 16 Mei 2018, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenan untuk memberikan rayuan pengampunan penuh tanpa syarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemberian pengampunan itu dibuat seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas pembebasan tersebut, Anwar menegaskan, beliau tidak memohon keampunan kerana kesalahan sudah disabitkan kepadanya, sebaliknya menuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta perkara bercanggah dengan prinsip keadilan.

Katanya, prinsip berkenaan diterima oleh Tuanku yang berkenan untuk membebaskannya dan membersihkan kesemua rekod kesalahan dan penjara yang dikenakan terhadap beliau.

Anwar sebelum itu dikenakan hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram