PENYANYI rap terkemuka Amerika Syarikat (AS), Killer Mike ditahan dan dibawa keluar dari dewan oleh polis dalam keadaan bergari selepas menang besar pada malam Anugerah Grammy pada Ahad.
Memetik laporan media antarabangsa, BBC News, penahan penyanyi terkenal disebabkan satu insiden pertengkaran fizikal di dalam Arena Crypto.com di Los Angeles.
"Killer Mike, 48 ditahan atas dakwaan salah laku," katanya.
Dia kemudian dibebaskan dan dijadual hadir di mahkamah akhir bulan ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Seorang lagi tahanan warga asing lolos depot Bidor maut kemalangan dekat Tapah
Turut tular satu video di laman media sosial memaparkan Killer Mike, atau nama sebenar Michael Render diiringi dari tempat kejadian dalam keadaan bergari oleh pegawai polis.
Terdahulu, rapper berusia 48 tahun itu meraikan tiga kemenangan utama menerusi kategori ‘Best Rap Song’ serta ‘Best Rap Performance’ menerusi lagu Scientiest And Engineers yang turut menampilkan rapper Andre 3000, Future dan Eryn Allen Kane.
Dia turut membawa pulang trofi ‘Best Rap Album’ bagi album keenam beliau berjudul Michael.
Dalam ucapan kemenangan beliau, Mike Killer menidakkan faktor usia untuk mencapai kemenangan dan berharap agar lebih ramai lagi rapper di luar sana yang memasang angan-angan untuk berjaya.
“Kemenangan ini adalah untuk mereka yang merasakan anda terlalu berusia untuk rap.
"Kita yang menghidupkan hip hop. Usah berhenti melakukan apa yang sedang anda lakukan sekarang,” katanya.
Saksi di arena itu dilaporkan mendengar seseorang menjerit "bebaskan Mike" ketika penyanyi rap itu dibawa pergi.
Killer Mike merupakan seorang yang lantang bersuara mengenai isu yang dihadapi oleh warga kulit hitam Amerika, termasuk kekejaman polis dan perkauman. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram