
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan susulan dakwaan kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Menterinya, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kementerian mengambil tanggungjawab penuh mengenai perkara tersebut dan memberi jaminan terhadap integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan.
“Kita akan siasat dan ambil penuh tanggungjawab ini. Pada masa sama saya tegaskan, integriti kita cukup tinggi dalam mengawal dan memastikan isu peperiksaan ini dijaga dengan rapi dan dikawal dengan baik.
“SPM adalah peperiksaan nasional dan dari segi integriti, keselamatan dan kawalan adalah sangat ketat.
“Jadi apa saja dakwaan mengenai kebocoran ini, kita akan siasat,” katanya pada Selasa.
BACA LAGI: Guru MRSM didakwa bocor kertas 2 sejarah SPM, pegawai kanan Mara sangkal tuduhan tak berasas
Fadhlina Sidek
BACA LAGI: 'Bagai tiada noktah', soalan bocor, Sis Madu! antara isu terpalit peperiksaan negara
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, beliau berkata, pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM diharap tidak terganggu dengan berita berkenaan.
Ujarnya, ia bagi membolehkan mereka memberi fokus pada kertas peperiksaan lain.
"Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sudah mencukupi bagi mengelakkan isu kebocoran kertas peperiksaan daripada berlaku," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram