Taib Mahmud gering di luar negara, tak perlu lantik pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak


  • Primer
  • Selasa, 01 Ogos 2023

Walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib (kiri) sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sawarak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Bagaimanapun, Sharifah berkata, keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.

Katanya, walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

"Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram